Semerah Padi

layan wayang semerah padi

“Dengan nama ALLAH Yang Pengasih dan Penyayang, selembar demi selembar, kutelaah sejarah lama, rangkai demi rangkai, terjalin sudah sebuah kisah. Nun beberapa abad yang silam, setelah agama ISLAM berkembang di perutusan pulau-pulau melayu, berlakulah undang-undang baharu, menurut ayat-ayat AL-QURAN UL’ KAREEM. Penghulu serta pengikutnya sangat taat, penduduk itu ialah SEMERAH PADI.”

Dua sahabat akrab, Aduka (P. Ramlee) dan Taruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara (Sa’adiah), anak ketua kampong (Daeng Idris) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Taruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Di malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampung, Aduka dan Taruna berjaya menangkap Jejaka (A. Rahim) dan Galak (Normahdiah) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sulah sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.

Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru-harakan kampung Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Taruna dan orang-orang kampung bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, (Kemat HassanShariff Dol, Muhammad Hamid dan Nyak Osman) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.

Negeri dilanda lanun dan Taruna serta 10 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampung Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek (Salleh Kamil) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.

Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Taruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Taruna dan kedua-dua orang tuanya. Taruna sungguh kecewa. Taruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya.

Taruna berjumpa Tok Penghulu untuk mempercepatkan nikah antara Dara dan Aduka. Keluarga Taruna pula memutuskan tali pertunangan antara Taruna dan Dara. Tok Penghulu kebingungan, Dara dan Aduka mengaku kesalahan di hadapan Tok Penghulu. Tok Penghulu sangat kecewa dan menjatuhkan hukuman sebat 100 kali keatas tubuh Aduka dan Dara mengikut perintah dari Al-Quran. Kedua-duanya selamat selepas hukuman selesai. Taruna tidak berdendam dengan Aduka. Aduka akhirnya bernikah dengan Dara setelah kedua duanya kembali sihat walafiat.

~TAMAT~

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top