Shape of Water (2017)

Shape of Water (2017)

Antara filem yang buat penonton susah nak move on. Screenplay, cinematography, original score, art direction, pendek kata filem ni cukup ramuan untuk ditonton. Di tambah lagi dengan strong acting menggunakan sign language.

Ada elemen musical. Walaupun ceritanya tidak masuk akal, filem ni boleh dikira sebagai sebuah cerita dongeng untuk orang dewasa. Macam-macam perasaan ada.

Secara peribadi, Shape of Water filem fantasy terbaik sebaris Avatar. Sesuai dengan tajuk filem ni, warna di dalam filem ni sekata dalam mode monochromatic tetapi tidak membosankan. Hampir semua benda berlatarkan warna deep blue-sea green/turquoise/aqua.

.

Sesejuk mata memandang air laut. Dari poster filem, costume pakaian seragam, warna dinding, tangki air sehingga Cadillac di dalam showroom, segala-galanya satu tema warna.
.

Sesuai dengan norma masa di antara penghujung 50an hingga awal 60an pemilihan pallete warna untuk filem ini sangat tepat menjadikan warna sebahagian storytelling serta ekspressi perasaan. Padanan kontra warna merah pada pakaian Elisa melengkapkan segala perasaan yang wujud antara 2 mahluk di dalam filem ini.

Mujurlah filem ini tidak diteruskan untuk dibuat secara hitam putih seperti idea asal pengarahnya. Sudah pasti, Guillermo del Toro seorang pengarah yang bijak!

Kredit: @fairul fawaz

Ps: siapa sukaaa cita macam ni gaisss???

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top