SHREW’S NEST (MUSARANAS in Spain) 2014
#horrormystery #psychology
Berlatar belakangkan Sepanyol pada tahun 1950-an, watak utama Montse dan Nia adalah adik-beradik yang tinggal bersama di sebuah apartment.
Montse membesarkan adik perempuannya setelah ibu mereka meninggal dunia selepas melahirkannya dan ayah mereka pergi berperang, tidak pernah kembali setelah itu. Montse dan Nia ni mempunyai hubungan yang kurang baik.
Montse ini pula umpama “katak di bawah tenpurung”, tiada kawan dan tak pernah menjejakkan kaki keluar dari rumahnya sejak kecil. Montse juga tidak suka apabila adiknya pulang lewat dari kerja dan mempunyai hubungan dengan lelaki. Jadi kat sini kita boleh tahu kenapa Nia bersikap dingin dengan kakaknya.
Suatu hari, seorang lelaki jatuh dari tangga di luar rumahnya dan pengsan. Montse tanpa segan silu pun heret masuk lelaki tersebut dan merawat lelaki yang dikenali sebagai Carlos itu. Montse tak tahu pun yang Carlos ini adalah jiran yang duduk di tingkat atas rumah Montse.
Nia, adik Montse dapat tahu yang Montse menyembunyikan Carlos tanpa pengetahuannya dan secara senyap² Nia masuk ke bilik Carlos dan memberitahunya yang Carlos dalam bahaya dan perlu keluar dari rumah dia segera. Namun kondisi luka yang dialami oleh Carlos menghalangnya dari bergerak ke mana².
Apakah rahsia yang Montse simpan dalam rumah mereka selama ini? Mengapa Nia menyuruh Carlos segera pergi dari rumahnya? Bagaimanakah kesudahan nasib Carlos dan dua beradik perempuan ini akhirnya??
Review dari sudut pandangan min:-
1. Plot yang mempunyai cebisan teka-teki membuatkan kita berfikir..secara perlahan ia bercantum sehingga membangkitkan klimaks, kejadian, kisah yang sadis dan pengakhiran yang tidak dijangka…
2. Sebuah kisah dan hubungan keluarga yang kejam, penindasan, bagaimana untuk meneruskan kehidupan.
3. Bergenre mystery, Psychological dan horrorthriller (bukan horror seram ada hantu ye tapi watak utama tu yang bawa watak elemen menakutkan)
4. 🔞Tidak sesuai untuk tontonan bersama anak2 kerana ada satu babak ditunjukkan mayat tanpa kepala yang separuh b0gel.
5. Plot dan storyline yang agak slow sebab ada drama dan kisah penceritaan..bagi min ia tidak membosankan sebab dari inilah kita dapat mengenali watak Montse lebih mendalam.
6. Secara keseluruhan, filem ini cukup menarik..misteri yang disajikan membuatkan min mampu menghabiskan filem ini walaupun jalan ceritanya agak slow.
Be the first to leave a review.