SHUTTLE LIFE (2017)

SHUTTLE LIFE (2017)

Senaskah filem mandarin dari Malaysia, berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur yang berjaya menyampaikan mesejnya dengan memaparkan gambaran kehidupan yang cukup realistik terhadap golongan masyarakat yang hidup serba kekurangan.

Sebuah kisah suka duka seorang anak lelaki dan juga abang, Ah Qiang yang menanggung serta menjaga adik perempuannya yang baru berusia 6 tahun, Hu Shan dan juga ibunya yang mempunyai masalah mental. Tinggal di sebuah kejiranan pangsapuri yang mengalami masalah bekalan air.

Malang tidak berbau, Ah Qiang dan Hu Shan terlibat dalam kemalangan jalan raya, mereka menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan. Ah Qiang cedera ringan, namun Hu Shan…..meninggal ditempat kejadian. Dan buat seketika, jiwa ini terusik dan rasa terganggu kerana sebelum itu mereka tampak begitu bahagia dan sedang bersuka ria menyambut hari jadi Hu Shan.

Sudah jatuh ditimpa tangga, jenazah Hu Shan tidak dapat dibawa balik kerana Hu Shan tidak memiliki surat beranak. Untuk membawa jenazah Hu Shan balik, Ah Qiang perlu mengemukakan surat beranak Hu Shan.

Dalam keadaan yang terdesak, Ah Qiang cuba pelbagai cara untuk membawa balik jenazah adiknya namun tetap tidak berjaya. Kemudian, kawan-kawan Ah Qiang menyarankan Ah Qiang untuk membuat surat beranak palsu, upah buat adalah RM2000. Tetapi, Ah Qiang tiada duit yang cukup.

Apakah yang Ah Qiang akan lakukan agar dapat membawa kembali jenazah adiknya? Dapatkah Ah Qiang jumpa si pelaku yang melanggar dia dan adiknya?

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top