Magdelena dan Chuya datang ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan anak mereka. Jesus dan Rigo, telah bertolak dari rumah mereka menuju ke sempadan, seterusnya akan melintasinya untuk ke Amerika Syarikat. Sudah 2 bulan tiada khabar berita yang diterima.
Seorang pegawai polis menunjukkan kepada mereka sebuah fail yang mengandungi gambar mayat dan barang-barang dari satu kes pembunuhan yang sedang ditangani oleh FBI. Chuya mengesahkan mayat Rigo ada di dalam fail itu. Manakala gambar beg sandang Jesus ditemui di dalam kepingan gambar bukti. Keduanya di arahkan untuk ke hospital bagi membuat pengesahan dan ujian dna.
Magdelena tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila dia dikehendaki menandatangani sijil kematian anaknya. Naluri keibuannya begitu kuat mengatakan yang anaknya masih hidup. Pihak polis mendesaknya kerana terdapat banyak mayat yang terbakar hangus, mungkin salah satu darinya adalah milik Jesus. Dia enggan, lalu bernekad untuk mencari sendiri kebenarannya.
Magdelena memulakan siasatannya di sebuah stesen bas. Malangnya dia tidak dilayan. Sehinggalah seorang wanita misteri memberikan maklumat tentang sebuah bas yang dilapurkan hilang, pulang ke stesen tanpa penumpang. Ada seorang lelaki tua tiba-tiba muncul di stesen bas mengadu yang dia telah dirompak dan hampir mati dibunuh apabila bas yang dinaikinya diserang. Kedua kes itu berlaku pada tarikh yang sama dengan pemergian anaknya ke Amerika.
Magdelena bernekad untuk mencari lelaki tua itu, yang diberitakan telah pulang ke sebuah kampung di pedalaman bernama La Fragua. Pencariannya menemukan dia dengan seorang remaja seumur anaknya bernama Miguel. Miguel kembali ke kampungnya setelah dia dihantar pulang kerana bekerja di Amerika tanpa visa yang sah.
Lalu apakah yang sebenarnya berlaku kepada Jesus? Adakah Magdelena berjaya menemui anaknya, atau sekurang-kurangnya mendapat infomasi tentangnya…
Slow pace movie, durasi 1 jam 35 minit sahaja. Filem ni banyak bermain dengan emosi. Siapa yang tak sedih kalau hilang anak, begitu juga Magdelena. Andai mati, biarlah tahu dimana kuburnya…๐
Babai ๐
Be the first to leave a review.