SOCIETY OF THE SNOW (2023)

Filem survivol thriller ini berdasarkan peristiwa sebenar kejadian pesawat Uruguay terhempas di Pergunungan Andes pada 13 Oktober 1972.
Pesawat itu membawa 40 orang penumpang dan lima orang anak kapal. Sewaktu kejadian pesawat terhempas, terdapat beberapa orang tercampak keluar dari pesawat, juruterbang maut dalam tragedi pesawat terhempas.

Yang terselamat perlu kuatkan semangat, mencari cara untuk panaskan badan di waktu malam di kawasan pergunungan bersalji. Pada siang esoknya, mereka cuba mencari makanan di dalam bagasi penumpang, alihkan mayat ke luar dari pesawat. Makanan yang sedikit di kongsi ramai. Mereka mengharapkan bantuan sampai.

Hari ke tujuh selepas tragedi pesawat terhempas, bantuan masih belum sampai, mereka kelaparan, ada yang memberi cadangan untuk makan mayat yang berada di luar pesawat tetapi cadangan tersebut tak dapat persetujuan ramai dan mereka masih menantikan bantuan. Hari ke 9, mereka dah tak tahan lapar, mereka terpaksa makan mayat di luar pesawat untuk teruskan hidup.

Pelbagai dugaan yang mereka hadapi antaranya ribut yang melanda yang menyebabkan mereka dalam bangkai pesawat tertimbus dalam salji, dan menyebabkan ada yang terkorban.

Filem ni sedih, kulit mereka semakin mengecut, wajah pun dah nampak seperti lebih tua dari usia padahal umur dalam lingkungan 20 an.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top