SORI: Voice from the Heart (2016)

SORI: Voice from the Heart (2016)”

“Kasih ayah dibawa hingga ke Syurga..Kisah menyayat hati seorang ayah mencari anak perempuan yang hilang selama 10 tahun..”

Tiada apa yang paling membimbangkan melainkan kehilangan anak tersayang yang ditatang bagai minyak yang penuh..namun sampai bilakah anak-anak ini duduk di bawah ketiak kita sedangkan anak-anak ini juga memerlukan ruang untuk menentukan dan membina masa depan mereka sendiri.

Filem ini menyajikan kita satu kisah melodrama yang penuh emosi antara hubungan si ayah dan si anak perempuan yang mana sang ayah terlalu sayangkan anaknya sehingga keinginan anaknya untuk menjadi seorang penyanyi pun dikongkong.

Sehinggalah suatu hari tiba-tiba anaknya menghilang tanpa khabar berita dan pada hari yang sama juga berlakunya satu insiden di stesen keretapi yang dikhabarkan telah mengorbankan ramai nyawa.

Setelah bertahun-tahun, masih juga tidak mendapat sebarang khabar berita dari anaknya. Pelbagai usaha si ayah menjejaki anaknya namun masih gagal.

Ketika sang ayah sedang berada di tepi pantai, tiba-tiba dia dihempas oleh sesuatu dari langit dan sedar-sedar sahaja dari pengsannya, pandangannya tertumpu kepada satu robot satelit yang terdampar di tepian pantai berdekatannya.

Rupa-rupanya robot itu adalah milik NASA yang terhempas dari orbit dan paling mengejutkan robot tersebut mempunyai emosi dan perasaan seperti manusia dan robot tersebut juga menpunyai misi sendiri untuk mencari seseorang yang telah hilang.

Dengan data dan memori yang disimpan oleh robot tersebut, sang ayah bersepakat bersama robot itu mencari anaknya yang hilang dan satu hubungan mesra antara mereka mula terjalin sehingga robot itu diberi nama “SORI”.

Dalam masa yang sama, pihak NASA dengan kerjasama kerajaan Korea ketika itu sedang membuat misi pencarian SORI kerana dikhuatiri SORI akan jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mencuri data-data sulit pihak US, US memutuskan untuk memusnahkan SORI sekiranya ia ditemukan.

Dapatkah sang ayah mencari keberadaan anaknya bersama SORI? Bagaimanakah kesudahannya SORI sekiranya ia ditemukan pihak US?

Filem ini sangatlah sesuai untuk dinikmati bersama ahli keluarga waktu cuti seperti ini kerana melalui kisah ini, terdapat mesej dan nilai-nilai kekeluargaan serta nilai-nilai kemanusian yang cuba disampaikan.

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top