Strangers from Hell (2019)

Strangers from Hell (2019)

Siri yang diadaptasi fari webtoon ini berkisar tentang Yoon Jong Woo (Siwan), seorang penulis fiksyen jenayah yang bercita-cita tinggi yang berpindah ke Seoul untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Kerana masalah kewangan, dia memilih untuk tinggal di kediaman yang kecil atau goshiwon bernama Eden Studio, bersama beberapa penyewa yang nampak mencurigakan serta menakutkan.

Setelah tidak beberapa lama tinggal disitu , kejadian yang tidak masuk akal dan pelik-pelik mula berlaku, membuatkan Jong Woo mula merasa paranoid, cemas dan takut.

Ini adalalah kdrama paling disturbing! Kalau betul-betul hayati cerita ni boleh bayangkan suasana dalam cerita ni. Dengan bilik yang sempit, jumpa pula orang yang bukan-bukan. Niat nak ubah kehidupan lepas dapat kerja dekat bandar, namun ada sesuatu menanti disebaliknya.

Masa drama ini tayang pada 2019, boleh dikatakan siri ini adalah thriller psikologi dengan kelainan yang tidak pernah kita temui dimana-mana drama lain sebelum ini.

Ia mampu membuatkan kita berasa seribu emosi bercampur baur!! Daripada semua Kdrama genre sama, drama ini adalah salah satu thriller psikologi TERBAIK!

Lakonan mantap Lee Dong Wook, Siwan, Kim Ji Eun & ramai lagi. Setiap karakter yang dibawa seolah-olah mereka sendiri hidup dalam watak itu! Ngeri!!!

Siri ini WAJIB ditonton oleh pencinta fiksyen/thriller jenayah!

 

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top