SWITCHED BEFORE BIRTH (2021)
—BERDASARKAN KISAH BENAR—
Bayangkan anak yang anda kandung selama 9 bulan itu rupanya anak dari sahabat baik sendiri. Dan saat yang paling meruntun hati bila akhirnya….
Kisah yang penuh emosi, melibatkan 2 pasangan yang bakal berhadapan dengan keputusan yang paling rumit dalam kehidupan mereka. Filem ini juga melalui banyak prosedur sebelum dapat ditayangkan kerana ia akan menimbulkan kontroversi dikalangan pasangan yang menggunakan prosedur IVF untuk melahirkan anak.
Yang pasti kisah ini memberi impak emosi dan psikologi yang cukup dalam bagi mereka yang mengalaminya. Lakonan yang penuh emosi dari kedua² wanita Machado dan Samuels juga menjadi salah satu faktor yang sangat penting dalam penceritaan sepanjang filem ini.
Untuk seorang yang bergelar ibu, pasti terbawa-bawa dengan kesedihan, kemarahan, kegelisahan mereka apatah lagi bila IVF adalah jalan terakhir bagi mereka untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan dan ada juga keguguran berkali-kali.
Persoalannya..
Bagaimanakah bayi yang dikandung oleh Olivia (lakonan Skyler Samuels) adalah milik sahabat baik dia sendiri?? Dapatkah Olivia terus menjaga dan membesarkan bayi tersebut atau sebaliknya??
Be the first to leave a review.