TAKE SHELTER (2011)

TAKE SHELTER (2011)

Tense, Unsettling, Mind Blowing and Powerful!

Filem “Take Shelter” ini menggambarkan cuaca ekstrem dari pelbagai sudut psikologi. Adakah bayangan dan mimpi yang dialami oleh seorang suami dan ayah, Curtis (lakonan Michael Shannon) adalah tanda² kiamat yang akan datang?Atau tanda² bahawa dia menderita penyakit mental?

Curtis sering bermimpi dan dibayangi awan tebal yang gelap, belalang, bahkan orang yang terhuyung-huyung berjalan sepanjang malam seperti zombie. Dan ia makin kerap berlaku hingga Curtis merasa dan meramalkan yang dunia ini bakal kiamat.

Dalam usaha melindungi dirinya dan keluarganya dari apa pun yang dia yakin bakal melanda, Curtis berhenti dari pekerjaannya kerana perkahwinanya dan masa depan anak perempuannya dalam bahaya. Dia menggunakan masa yang ada untuk membina tempat perlindungan taufan di halaman belakang rumah mereka.

Namun sikap dan tingkah laku Curtis membimbangkan dan membingungkan isterinya Samantha, dan menimbulkan salah faham di antara rakan² dan jirannya.

Apakah yang sedang bermain difikiran Curtis? Atau dia dapat merasakan sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku?

PERINGATAN:

Filem ini berlangsung dengan “slow-burn” ya! Yang tidak suka jalan cerita slow mungkin tidak akan menikmati filem ini.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top