TALVAR (2015)

Filem ini bersandarkan kepada kisah benar pembunuhan seorang gadis berusia 14 tahun bernama Shruti Tandon di Sameer Vihar pada malam tahun 2008. Ibubapanya telah disyaki sebagai pembunuhnya, berikutan teori yang Shruti dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumahnya iaitu Khempal. Malangnya, Khempal telah ditemui mati di atas bumbung apartment kediaman keluarga Tandon. Sahabat Khempal iaitu Kanhaiya mengesahkan yang mereka mempunyai hubungan sulit, lalu Khempal dan Shruti dibunuh oleh ibubapanya atas alasan “honour killing”.
Ekoran itu, bapa Shruti iaitu Ramesh telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan melakukan “honour killing”. Isu ini telah dimanipulasikan oleh pihak media. Oleh itu, pihak atasan menyerahkan kes tersebut kepada pegawai CBI Ashwin Kumar dan ACP Vedant.
Dalam siasatanya, Kumar mendapati yang Ramesh tidak bersalah. Lebih-lebih lagi terdapat bukti cap tangan berdarah yang tidak diproses dan hilang apabila hujan. Siasatannya menemukan bukti-bukti lain juga termasuk penglibatan pembantu di kliniknya sendiri.
Walaubagaimanapun, dia akhirnya di’sailang’ oleh pembantunya ACP Verdant. Kumar digugurkan dari kes tersebut dengan alasan dia tidak kompeten dan punyai masalah mental.
Kerana ianya bersandarkan kepada kisah benar -kes ini sebenarnya dibicarakan berkali-kali di Mahkamah. Disaat Kumar hampir berjaya menemui pembunuh sebenar Shruti, dia disingkirkan akibat konspirasi dalaman pihak atasan polis. Jadi kes Shruti kekal sebagai “honour killing”.
HONOUR KILLING – pembunuhan yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa terhadap anak gadis/waris perempuan mereka yang didapati berhubungan dengan lelaki dari kasta yang berbeza. Hukuman mati ini dilakukan kerana mangsa dianggap telah menconteng arang dan memalukan keluarga.
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top