The 9th Precinct (2019)

The 9th Precinct (2019)

Filem dari Taiwan genre supernatural action mengisahkan A-Hao mempunyai kebolehan melihat roh2 yang berkeliaran di sekelilingnya.

Dia bekerja sebagai anggota polis tetapi terlibat dalam satu insiden yang menyebabkan kematian rakan setugasnya. Mujurlah kehadiran satu roh wanita menyelamatkannya daripada turut terbunuh.

Daripada insiden tersebut, A-Hao berjaya menangkap penjenayah yang dikehendaki polis tetapi dimarahi orang atasan kerana dalam laporannya, dia diselamatkan oleh satu roh wanita & ia dianggap karut.

A-hao meletakkan jawatan tetapi diambil semula oleh seorang detektif, Lao Zhang untuk diletakkan ke dalam satu unit rahsia bernama ‘The 9th Precinct’, jabatan yang menguruskan perihal paranormal.

Tidak lama kemudian, A-hao mendapati roh wanita yang ditemuinya punya kaitan dengan satu kes pembunuhan dari sebuah hospital yang mengamalkan ritual.
Penemuan roh2 & mayat2 mereka di satu padang sasar menguatkan lagi bukti siasatan kerana semua roh yang dilihatnya memakai pakaian hospital yang sama..! Namun, bukan mudah bagi A-hao & pasukanya membenteras kegiatan jenayah tersebut kerana pemilik hospital itu bukan manusia biasa.

Filem ini juga menerapkan beberapa elemen sedih yang mana ia berlaku kepada roh2 tertentu & kisah latarbelakang A-hao sendiri. Ada post-credit di penghujung cerita, membawa maksud akan muncul ‘villain’ baru & ada kesinambungan cerita. 8/10 ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ
kredit: Fizzi Gonzalez
ps: ada sesiapa dah tengok cita best ni gaiss??? โ˜บโ˜บโ˜บ

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top