The Age of Shadows (2016)
Genre/Tema: Double Agent, Spy, Action Thriller (2jam 20m)
Berlatarbelakangkan zaman penjajahan Jepun ke atas Korea pada 1920an, sekumpulan pejuang kemerdekaan dari Korea Selatan (Korean independence group, the Righteous Brotherhood) yang diketuai oleh Jeong Chae-san (Byung-hun) dan dibantu oleh Kim Woo-jin (Gong-yoo) telah menjalankan misi untuk meletupkan pangkalan pemerintah Jepun.
Namun perjuangan kumpulan penentang ini tidaklah mudah kerana ada diantara mereka juga merupakan pengintip kepada Jepun. Begitu juga dalam organisasi Jepun terdapat juga pengintip dari Korea.
Di pihak Jepun pula, seorang pegawai polis berbangsa Korea yang dianggap sebagai pengkhianat Korea, Koperal Lee Jung-chool (Song Kang-ho) ditugaskan untuk memburu Chae-san dan Woo-jin. Namun dia digunakan kedua-dua belah pihak untuk tujuan masing-masing.
Koperal Lee yang digambarkan sebagai double agent dalam filem ini tersepit diantara dua pihak.. pihak siapakah yang dia akan bantu? Dapatkah misi pejuang kemerdekaan Korea Selatan dilaksanakan akhirnya?
Filem ini mempunyai sub-plot yang sangat menarik yang dipenuhi dengan konflik dan emosi. Tidak membosankan langsung walaupun durasi filem selama 2jam 20minit. Terdapat saat-saat suspen dan melibatkan aksi-aksi menyiksa banduan yang cukup mengerikan dan brutal yang pasti membuatkan anda tutup mata!
Highly recommended!! Terutama kepada peminat filem bertemakan “SPY” dan semestinya jika anda adalah peminat Gong-yoo dan Byung-hun.
Be the first to leave a review.