THE BURNING SEA (2021)

Sofia, seorang Jurutera Robotik Laut Dalam menjalinkan hubungan cinta dengan Stian, pekerja senior pelantar minyak di Laut Utara, Norway. Kisah bermula, apabila berlaku satu masalah dimana Sofia dan Arthur (teammate) diminta untuk menganalisis satu kes di sebuah pelantar minyak milik Saga Corporation. William Lie, (Pengurus Saga Corporation) meminta mereka menandatangani satu surat khas untuk tidak mendedahkan sebarang hasil dapatan kepada mana-mana pihak.

Sofia dan Arthur diterbangkan ke sebuah pelantar minyak bersama dengan sebuah “snake like ocean robot camera” milik mereka. Hasil gambaran yang diperolehi dari bawah laut amat memeranjatkan…satu letupan besar bawah laut berlaku menyebabkan satu bahagian pelantar musnah.

Sofia cedera ringan akibat impak letupan, tetapi kamera robot itu rosak teruk. Sementara dia cuti sakit dirumah bersama kekasihnya Stian dan anaknya Odin, Arthur pula membuat kajian dari rakaman yang diambil. Stian pula yang didalam cuti diminta naik ke pelantar untuk menggantikan shift pekerja lain.

Rakaman jelas menunjukkan letupan di bawah laut itu bukan berpunca dari kebocoran telaga gas, sebaliknya berlaku gelinciran pada kerak bumi yang membawa kepada penenggelaman satu demi satu pelantar minyak yang berada di laluan yang sama. Apa lagi, bergegas Sofia dan Arthur ke pejabat Saga Corporation untuk beritahu maklumat ini

Tapi Willian Lie buat macam endah tak endah… diambilnya rakaman tersebut, sambil kata nak bincang dulu dengan ahli lembaga pengarah yang lain. Dasar kapitalis! Sofia bengang, tapi William mengingatkan surat yang pernah ditandatangani dulu. Sofia bungkam sekejap.

Babak berikutnya, dalam bilik mesyuarat. Bincang, bincang dan bincang!..(makcik yang tonton pun dah gelabah ni, sampai bila nak bersembang…. tu nyawa pekerja atas pelantar macammana). Bila laporan sampai – minyak dah mengalir ke laut lepas, ada pelantar yang dah mula tenggelam – baru kalut semua buat keputusan. Pertama : kosongkan semua pelantar dan dan kedua : minimakan kerosakan pada alam sekitar.

Stian menghantar wassap kepada Sofia bahawa mereka dalam perjalanan pulang apabila pengosongan pelantar dijalankan….
Pada masa tu rasa macam dah selesai kot semua masalah….tapi belum sebenarnya. Ketika mereka menutup Shaf secara online, masalah berlaku di Pelantar Gulfaks A, pelantar Stian bertugas. Mereka terpaksa menutupnya secara manual. Stian sebagai operator senior turun semula ke Shaf. Tetapi…gegaran berlaku dan pintu Shaf tertutup. Semua pekerja diarahkan naik helikopter dan bergerak keluar dari pelantar, meninggalkan Stian yang tidak diketahui keberadaannya, hidup atau mati.

Full action scene bermula dari sini – Sofia datang ke pejabat Saga Corporation apabila Stian tidak dapat dihubungi :
” We cannot close remote all the well in Gulfaks A, so Stian was sent down to close them manually. But, now there is nothing we can do!”..

Tetapi Sofia tidak peduli. Dia merancang suatu perjalanan bersama Arthur dan camera robotik, dan pilot heli itu adalah adik perempuan Stian sendiri, menitipkan satu pesanan “bawa abang aku balik dengan selamat!”…. dan kemudian 30 minit terakhir yang cukup mendebarkan bermula….

Genre disaster movie yang baik dan menarik untuk ditonton. Rates IMDb 6.3/10 dengan babak letupan di pelantar dan kebakaran lautan di lakukan dengan ‘real’. Tajuk “The Burning Sea” diambil dari babak kapal terbang menerjunkan bahan letupan untuk membakar minyak yang terapung di atas lautan. Semuanya dilakukan bagi meminimakan kerosakan terhadap ekosistem lautan. Filem ini berdasarkan kepada real event yang pernah berlaku di Sepanyol pada tahun 1974, tetapi kisah Sofia dan Stian tu fiksyen semata-mata.

Worth movie to be watch👍..⭐⭐⭐⭐⭐.

Babai 👋
#makcikreview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top