The Calm Beyond (2020)

Genre : Sci Fi / Thriller / Mystery

Sinopsis :

Survival movie. Seorang wanita yang telah terperangkap di dalam bangunan selama 5 tahun setelah hampir separuh bumi dilanda tsunami gergasi.

Filem yang bertempatkan di Hong Kong, mengisahkan Asha, seorang wanita biasa yang mempunyai gaya hidup sendiri, tinggal bersama ibu bapanya dan mempunyai seorang adik perempuan yang masih remaja. Asha enjoy shopping bersama kawan-kawannya, berlibur dan menikmati makanan yang sedap suatu ketika dulu. Namun semua itu berakhir dengan pantas apabila Asha berjalan bersama dengan adiknya, tiba-tiba Hong Kong telah dilanda tsunami gergasi yang menyebabkan semuanya lenyap sekelip mata.

Asha dan adiknya telah berlari menyelamatkan diri ke satu bangunan tinggi. Ketika tengah berasak-asak dengan orang ramai, Asha telah terlepas pegangan tangan adiknya. Disebabkan oleh panik, Asha terus memanjat tangga hingga ke bumbung bangunan tersebut. Bangunan yang mempunyai banyak tingkat tu sebenarnya belum cukup lagi jika mahu menyelamatkan diri. Bayangkan paras air naik akibat tsunami gergasi itu sehingga ke rooftop bangunan itu.

Setelah beberapa tahun Asha cuba untuk survival dengan apa yang ada. Bagaimana dia cuba mengumpul air bersih untuk dia minum dan memasak. Dalam bangunan itu hanya Asha sorang saja yang hidup. Disebabkan persaingan untuk survival hidup semakin sengit, Asha selalu berhadapan dengan sekumpulan pencari barang-barang. Mereka bergerak dalam 1 kumpulan dan suka merampas bekalan makanan dan apa2 jua barang yang berguna. Mereka mempunyai bot yang membolehkan kumpulan ini bergerak ke sana sini.

Satu hari, Asha melihat bekalan makanannya yang disimpan di dalam lubang telah dicuri oleh seseorang. Asha mula mencari 1 bangunan dan dia sering terdengar bunyi ketika dia sedang tidur. Rupanya ada seorang budak perempuan telah bersembunyi di dalam bangunan tersebut. Asha mula berkawan dengan budak yang diberi nama Hei Hei. Hei Hei telah mengingati Asha kepada adik perempuannya yang tidak berjaya diselamatkan. Asha kecewa.

Ketika Asha dan Hei Hei menikmati hari-hari mereka di bangunan tersebut, tiba-tiba bangunan itu diceroboh lagi sekali oleh sekumpulan pencari barang2. Asha dan Hei Hei dapat ditangkap. Asha cuba sedaya upaya utk menyelamatkan diri dan membunuh kesemua ahli kumpulan itu. Asha dan Hei Hei berjaya selamatkan diri dan kini mereka telah mempunyai bot untuk mereka memulakan kehidupan yang baru selepas impak dari tsunami gergasi.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top