Sekali-sekala, kita layan filem seram Korea.
1998, seorang ahli bomoh wanita cuba untuk membersihkan sebuah rumah daripada hantu tetapi ia telah merasuki bomoh tersebut dan memaksanya menghiris kerongkongnya sendiri dengan pisau.
Beberapa tahun kemudian, Sang Won, seorang arkitek dan anak perempuannya yang berumur 11 tahun, Ina berpindah ke rumah baru setelah isteri Sang Won terkorban dalam satu nahas kereta.
Sang Won terlalu menumpukan perhatian kepada kerjayanya untuk melupakan kematian isterinya menyebabkan hubungannya dengan Ina menjadi renggang.
Satu hari, Ina menonton video lamanya bersama ibunya apabila dia terdengar suara ganjil daripada kamar pakaiannya.
Sang Won mendengar jeritan anaknya sebelum dia bergegas ke atas dan meluru masuk dalam bilik anaknya. Ina tiba-tiba berubah perangai kerana dia menjadi lebih ceria dan mudah berbual dengan ayahnya.
Tetapi perkara ini tidak lama kerana seorang arkitek lain cuba merampas hasil kerja Sang Won. Dia membuat keputusan untuk tinggal dekat tapak pembinaan agar dia dapat menyelia sendiri kerja-kerja pembinaan. Ini membuat Ina marah bukan sahaja dengan ayahnya tetapi pengasuh yang diambil kerja oleh Sang Won untuk menjaganya.
Sedang dia berdiri depan kamar pakaiannya, satu lembaga telah mengheretnya ke dalam dengan tiba-tiba.
Setelah sebulan tanpa sebarang berita dari pihak polis, dia meminta bantuan orang ramai di televisyen awam untuk mencari Ina.
Siaran ini menyebabkan Kyung Hoon, seorang bomoh muda datang menjumpainya. Dia memberitahu Sang Won 30 orang kanak-kanak sebaya Ina telah hilang dari rumah mereka sepanjang tempoh sepuluh tahun.
Pengajaran dari filem ini:
Luangkan masa selalu bersama anak-anak.
.
ps: Luangkan masa selalu bersama anak-anak kita gaiss.
Be the first to leave a review.