THE DRESSMAKER (2015)
Filem yang diadaptasi dari sebuah novel bergenre Dark Comedy ini mengisahkan Tilly Dunnage (Kate Winslet) seorang penjahit baju moden yang glamor kembali ke desanya untuk membalas dendam. Hanya dengan menggunakan kepakaran fashion dan sebuah mesin jahit, Tilly mengubah semua wanita² di desanya menjadi wanita moden yang cantik..sekaligus membalas dendam kepada mereka yang telah menganiaya, membulii dan menghancurkan zaman kecil dia suata ketika dahulu.
Menarik sangat filem ini, digarap dengan baik, ditambah dengan konflik Tilly dan maknya setelah berpisah 25 tahun, tragedi yang melibatkan kematian dan pembunuhan yang berlaku di desa itu dan pembalasan dendam…unik dan menarik walaupun ada sesetengah babak agak dragging (drama hubungan Tilly dan maknya yang dah uzur).
Jujur, kisah dalam filem ini sangat menghiburkan! Elemen² “sense of humor” pun menjadi! Pembawaan watak² dalam filem ini pun sangat on point, dengan masing² bawa perangai yang aneh, “narrow minded”, “Busy Body” dan klasik, tak lupa juga lakonan Liam Hemsworth!
Senang cite, memang sangat “REFRESHING” dan unik la filem ini..walaupun ia lebih kepada genre dark comedy..dengan pemandangan suasana desa yang dipaparkan sepanjang filem ini pun cun! Segar dan terang mata terpesona dengan ciptaan dress² yang sangat cantik dan “Haute Couture” dari Tilly..best la!
TRIVIA
Filem ini juga telah menang banyak award di AACTA Awards (The Australian Academy of Cinema and Television Arts Awards), salah satunya Best Costume Design (semua dress lawa² tu direka oleh Margot Wilson dan Marion Boyce).
Be the first to leave a review.