A movie with a 90s charm…sebab ada uncle Antonio Banderas, ada spanish mafia, tembak – menembak, aksi street fighter…rindu dengan filem genre aksi sebegini. Walaupun aksi dari uncle tu kurang sikit, (mungkin faktor umur) tetapi tetap mengancam jiwa.
Cuda, seorang “enforcer” yang bekerja dibawah seorang mafia wanita bernama Esthelle. Bertahun lama dia dipenjarakan, bila dia bebas, Esthelle memanggilnya semula. Dia dikehendaki melatih seorang pemuda bernama Stray, seorang street fighter. Kiranya, Cuda ni mentor dan Stray adalah protege. Kalau ikutkan, Cuda ni dah cuci tangan nak buat kerja jahat. Dia cari anak perempuanya, yang telah diabaikan selama bertahun dek kerana jadi balaci Esthelle. Lola, yang dah pun berusia 16 tahun endah tak endah je nak melayan Cuda.
Berbalik pasal Stray ni…Seorang peninju jalanan bersedia menerima tawaran Esthelle kerana bayaran gaji yang lumayan. Di kelab Esthelle dia temui seorang wanita pelayan bernama Lexus, dan mereka mula berdating. Esthelle ni kejam dan jahat…dia buat staff dia macam ‘anjing – live like a dog, dead like a dog’. Semua penyangak tak boleh mengatasi dia, sebab tu dia perlukan staff macam Cuda dan Stray, yang sanggup mati untuknya. Tapi, Cuda dapat tahu akhirnya yang Esthelle adalah mastermind yang sumbat dia masuk dalam penjara. Pisahkan dia dengan anak isteri.
Cuda menemui seorang remaja bernama Billie, yang mencopet di jalanan. Dia menyelamatkan gadis tersebut, sewakan motel dan beri duit belanja. Pada pandangannya, Billie sama seperti Lola, sangat bahaya untuk gadis muda berlegar di jalanan. Tetapi, Billie diculik dari motel. “Enforcer” yang asalnya jahat, tak berhati perut, sanggup bunuh orang kerana duit – akhirnya jadi baik. Sanggup lakukan apa saja demi menyelamatkan orang lain.
Cuda atau nama gelarannya dulu, “Barracuda”, nama yang tidak asing dalam dunia gangster. Enggan untuk terus tunduk berterusan sebagai balaci, dia bertindak menjadi “vigilante”. Bukan sahaja Billie, tetapi Stray dan Lexus juga harus jauh dari kehidupan begitu….dan sudah masanya Cuda bertindak melawan penguasaan Esthelle.
Makcik suka filem ni, sangat suka. It is a kind of action thriller that have something, but not everything. But, it’s ok Antonio Banderas has already cover all the slack matter, make it perfect .
Be the first to leave a review.