Bila dengar je nama Hutan Aokigahara di Jepun , pasti kita semua tahu pasal hutan keramat ni . Ya, memang keramat dan puaka pun . Hutan Aokigahara ni cukup sinonim sebagai tempat bunuh diri dan sudah menjadi salah satu urban legend Jepun. Banyak roh – roh orang mati di situ yang masih bergentayangan.
.
Kisah di filem ini ialah mengenai seorang wanita bernama Sara, telah dikejutkan dengan berita tentang kehilangan saudara kembarnya, Jess yang telah pergi hutan Aokigahara.
.
Keberadaan Jess belum dapat dijejak dan Sara bergegas ke Jepun untuk mencari sendiri kembarnya itu kerana polis tempatan di Jepun tidak boleh berbuat apa memandangkan Jess pergi ke sana atas kerelaannya sendiri.
.
Sebelum menginjak kaki hutan Aokigahara , Sara sudah pun diberi amaran keras oleh warga setempat untuk tidak memasuki hutan . Tetapi Sara berdegil (biasalah citer mat salleh , depa kan spesis degil yakmat ).
.
Atas bantuan seorang lelaki warga Amerika yang baru dikenalinya dan dibantu seorang lelaki tempatan , akhirnya mereka bertiga memasuki hutan Aokigahara .
.
Ada pantang larangnya juga bila dah masuk hutan ni, tetapi Sara ni buat² faham je. Hmmm .
.
Boleh tak senang duduk juga layan citer ni, walaupun tipikal formula macam citer² seram lain. Serba kelam kabut. Betul² unexpected twist.
Be the first to leave a review.