THE GIRL WHO ESCAPED : THE KARA ROBINSON STORY (2023)

Berdasarkan kepada kisah benar yang berlaku kepada seorang gadis remaja berusia 15 tahun bernama Kara Robinson yang diculik pada tahun 2002.

Pada suatu pagi, ketika Kara sedang menyiram pokok bunga dirumah kawan baiknya, Jess – sebuah kereta hitam berhenti dan pemiliknya bertanyakan tentang penjaga mereka kononnya ada barang yang hendak diberikan. Ketika Kara mendekatinya, lelaki itu dengan pantas meletakkan pistol di leher Kara dan mengarahkannya masuk kedalam sebuah “container” yang berada tempat duduk belakang kereta. Kara ketakutan, dia mengikuti apa sahaja yang disuruh oleh lelaki itu.

Sepanjang perjalanan, Kara terpaku – dia sedar yang dia telah diculik. Si penculik membawa dia kesebuah rumah…mengugutnya sekiranya dia melarikan diri, dia akan ditembak. Escape..escape..escape… itu yang bermain difikiran, tetapi dia tidak mampu melakukannya. Si penculik memerintahkan dia memanggilnya ‘daddy’, mematuhi arahannya dan dia mesti meminta kebenaran melakukan apa-apa pun dengan kata ‘May I’….

Jess menyedari kehilangan Kara setelah melihat paip air yang tidak ditutup, menghubungi ibu Kara, Debra dan memaklumkan yang Kara tidak ditemui dimana-mana. Debra menghubungi polis…hampeh betul, bila polis cakap – “baru 2 jam hilang, entah-entah dia keluar rumah ikut boyfriend berseronok”. Debra naik hangin “gila ke apa, takkan lari dengan pakai baju tidur, kasut pun tak pakai. Beg duit hp semua tinggal”…

Lelaki jahanam tersebut mer*g*l Kara beberapa kali… dia berjanji akan melepaskan Kara kalau dia ‘behave’. Tetapi Kara cerdik, dia mula mengajak lelaki itu berbual. Si bodo tu pun ceritalah dengan bangga nama dan pekerjaan dia, kemudian setiap perincian dalam rumah itu diperhatikan dengan teliti, termasuk kad nama di pintu peti ais…..

18 jam dalam tahanan – Kara berjaya melarikan diri. Dan bahagian seterusnya, bagaimana dia berusaha untuk menyeret lelaki jahanam itu kemuka pengadilan. Tanpa rasa ragu – tanpa dia sedari keberaniannya bukan sahaja membantu dirinya malahan membantu pihak polis menyelesaikan kes pembunuh bersiri yang pernah berlaku di situ 5 tahun lalu…

“I wish, he regret I was the big mistake that happen in his life!”

#makcikreview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top