THE GRANDMOTHER (2021)

Suzana, seorang model yang sedang meniti puncak kariernya di Paris, terpaksa pulang ke Madrid setelah mendapat berita buruk tentang neneknya, Pilar. Pilar jatuh di dalam apartmentnya, menyebabkan kepalanya terhantuk teruk sehingga berlaku kerosakan otak. Dia tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri. Suzana membawanya pulang ke apartment, dan menjaganya seperti seorang bayi. Dia hendak mencari ‘caretaker’ yang sesuai untuk menjaga Pilar, kerana dia harus pulang ke Paris untuk urusan kerjanya.
Tetapi, banyak perkara pelik yang berlaku sepanjang Susana menjaga Pilar. Apartment itu tidak mempunyai cermin dan jam dinding begitu banyak digantung dengan jarumnya mati pada pukul 8. Dia sering bermimpi ngeri seolah-olah mati dibunuh. Pilar pula, tidak boleh bercakap tetapi asyik ketawa tak kira masa. Pada suatu hari seorang perempuan muda datang ke apartment mereka. Dia memperkenalkan namanya sebagai Eva, cucu kepada kawan neneknya. Eva mengatakan Susana boleh pulang ke Paris selepas harijadi Pilar. Kerana itu adalah hasrat terakhir Pilar, meraikan harijadinya yang ke 85 tahun bersama satu-satunya cucu kesayangannya.
Tetapi Susana tidak boleh menunggu lama. Selesai mendapat seorang “caretaker” bertauliah, dia mula menempah tiket pulang ke Madrid. Pilar berdiri di tepi tingkap, sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu dan tangannya digerak-gerakkan….dummm, satu kemalangan berlaku, “caretaker” yang diupah mati dalam kemalangan dihadapan blok apartment mereka.
Sememangnya Susana merasai sesuatu yang menakutkan sepanjang masa dia menjaga neneknya, tetapi dia tidak sanggup untuk meninggalkan Pilar begitu sahaja. Dia menghubungi sebuah rumah kebajikan orang tua untuk membawa Pilar kesana. Selesai menguruskan Pilar, Susana pulang ke apartment. Menyiapkan diri untuk ke Lapangan Terbang…tiba-tiba, tv menyiarkan berita sebuah rumah kebajikan orang tua telah terbakar dengan tagline yang cukup jelas – SEMUA PENGHUNINYA TELAH MATI.
Susana meraung kerana dia fikirkan neneknya sudah mati…tetapi !!!!!!
Bagi makcik filem ni best, cuma perjalanan cerita tu agak slow. Slow tu mungkinlah nak beri babak seram tu berjalan dengan lancar. Endingnya memang twist dan tak masuk akal.
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top