The Guilty (2021)

The Guilty (2021)

(Netflix)

Filem genre crime thriller merupakan ‘remake’ daripada filem Denmark tahun 2018 yang menggunakan tajuk yang sama. Joe Baylor merupakan pegawai polis yang diturunkan pangkat ke bahagian unit panggilan kecemasan.

Dia juga bakal berhadapan dengan satu perbicaraan makamah di atas satu kesalahan lampau (akan dijelaskan di suku terakhir cerita).

Joe menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita bernama Emily, menyatakan yang dia telah diculik. Joe cuba mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk memaklumkan kepada pegawai polis yang beehampiran dengan lokasi Emily tetapi gagal kerana panggilan terputus.

Joe kemudian dapat menghubungi anak perempuan Emily berusia 6 tahun & dia ditinggalkan bersama adik lelakinya yang masih kecil.

Joe cuba menghubungi suami Emily tetapi Joe menerima makluman mengelirukan & mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Rupa2nya, bekas suami Emily sendiri iaitu Henry Fisher telah disyaki menculik bekas isterinya ke lokasi yang tidak pasti & meninggalkan anak2 mereka keseorangan di rumah.

Henry juga mempunyai sejarah jenayah lampau yang berat & ini membawa kemungkinan nyawa Emily dalam bahaya.

Filem ini hanya menggunakan lokasi pusat panggilan kecemasan sahaja sebagai lokasi penggambaran. Hanya komunikasi antara pelakon2 yang menjadi kekuatan jalan cerita filem ini.

Namun, lakonan berkesan dan ekspresi padu yang ditunjukkan oleh pelakon Jake Gyllenhaal yang telah menerima banyak pencalonan Oscar menjadikan filem ini tampak menarik. Intonasi suara panggilan telefon yang dipersembahkan Ethan Hawk, Riley Keough, Peter Sarsgaard dan lain2 turut menyumbang kepada kepaduan filem ini. 7/10 ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ

kredit: @Fizzi Gonzalez

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top