THE HILLS HAVE EYES (2006)

Bob, isterinya Ethel, anaknya Lynn, Brenda dan Bobby, menantunya Doug (suami Lynn), cucunya Catherine dan 2 ekor anjing bernama Beauty and Beast dalam satu percutian keluarga melintasi Padang Pasir New Mexico yang luas. Mereka kemudiannya berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak. Pemilik stesen minyak itu mencadangkan Bob untuk melalui satu jalan pintas, yang mampu memendekkan perjalanan beberapa jam awal melalui deretan bukit di tengah padang pasir.
Bob bersetuju, lalu masuk kesatu lorong pintas seperti yang dinyatakan. Malangnya mereka mengalami kemalangan dan kereta mengalami kerosakan. Dalam keadaan terdesak ni, hp pula tak ada signal. Bob mencadangkan yang Doug bergerak kearah 5 batu menaiki bukit untuk dia melihat arah terdekat laluan lebuhraya dan dia berjalan kaki menuju semula ke Stesen Minyak tersebut mendapatkan bantuan. Manakala yang selebihnya menanti di dalam trailer.
Semasa pemergian Bob dan Doug, anjing mereka Beauty lari masuk ke celah-celah batu…Bobby mengejar, tetapi dia menemui Beauty yang telah mati dengan perutnya dibelah. Dalam keadaan cemas, Bobby berlari pulang, tetapi dia tersalah langkah, lalu terjatuh bawah bukit dan pengsan. Doug kembali ke trailer membawa beberapa barangan yang ditemui didalam beberapa buah kereta yang tidak diketahui pemiliknya. Nampaknya, tiada jalan keluar dari sini, melainkan mereka berpatah balik ke jalan besar. Bob pula, tak pulang-pulang sehingga hari menjelang lewat malam.
Tanpa disedari, mereka telah diperhatikan oleh sekumpulan manusia cannibal yang telah merancang untuk membunuh dan memakan mereka. Segala-galanya telah dirancang sewaktu mereka singgah mengisi petrol. Berjayakah mereka melarikan diri?
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top