THE HOST (2006)
Salah satu filem yang membawa tema serangan raksasa terbaik yang pernah ada. Walaupun filem ini dah lama sejak 2006 lagi, banyak-banyak filem bertema sama, paling enjoy layan “๐ง๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐ง”, bukan setakat mencemaskan, menyedihkan tapi juga ada unsur-unsur kelakar yang boleh buat sekeluarga ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐จ๐ฅ ๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐จ๐!
“๐ง๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐ง” – raksasa muncul dari Sungai Han dan membuat kekecohan di bandar tersebut. Park Gang-Doo (lakonan Song Kang-Ho) mencari anak perempuannya yang telah diculik oleh raksasa tersebut.
Apa yang paling menariknya tentang filem ini, dari konflik keluarga Park ia berubah menjadi kisah melodrama yang sangatยฒ menyentuh hati dan boleh buat kita terbawa-bawa dengan emosi apabila misi penyelamatan menyatukan keluarga Park yang hampir porak peranda sebelum ini.
Di sisi lain pula, filem ini juga memaparkan konflik dalaman kerajaan yang menyebabkan berlakunya mutasi raksasa ini dan bagaimana pihak kerajaan menangani masalah ini ketika rakyatnya diancam bencana raksasa ini.
Bagi min, filem ini boleh dapat ๐ฑ/๐ฑ jika raksasa nya nampak lebih realistik seperti dalam filem series Alien dari Hollywood yang gempak suatu ketika dulu tu. Other than this, dari segi susunan sinematografinya, jalan ceritanya, background music nya dan lakonanยฒ yang sangatยฒ hebat dah cukup memberi kekuatan dan kemantapan filem ini.
Be the first to leave a review.