THE INCITE MILL (2010)

THE INCITE MILL (2010)

Disebabkan filem Jepun ini tentang death game, maka genre macam ni semestinya menarik perhatian aku! Tambahan lagi, heronya dari Battle Royale! Pelakon Liar Game pun ada dalam ni! Maka, terujalah aku!

Sejujurnya, idea filem ini menarik. Namun, penyampaiannya masih boleh ditambah baik. Nak dibandingkan dengan Battle Royale, Liar Game, Alice in Borderland Dan Squid Game tu tidaklah. Namun, masih lagi OK untuk ditonton buat mengisi masa.

SINOPSIS

10 orang yang tidak mengenali sesama sendiri telah dipilih untuk menyertai sebuah EKSPERIMEN PSIKOLOGI selama 7 hari. Dengan bayaran yang lumayan(dikira ikut jam), tanpa berfikir panjang mereka setuju! Setibanya kawasan mewah itu, keterujaan mereka terhenti. Peraturan pelik perlu dipatuhi!

😱Tak boleh keluar dari bilik setelah jam 10 malam!

😱Perlu lantik seorang detektif bagi menyelesaikan jenayah yang bakal berlaku!

😱Perlu jaga peti misteri yang ada dalam bilik masing-masing. Ada apa dalam tu?

Jadi, masing-masing buat perjanjian untuk kekal selama 7 hari tanpa menyakiti sesiapa.

Namun, saat bangun pagi. Semuanya bagai mimpi ngeri. Seorang demi seorang terbunuh.
Masing-masing mula menuding jari sesama sendiri!

🤷‍♂️Siapa pembunuh yang berselindung di sebalik mereka?
🤷‍♂️Bagaimana mereka mengharungi 7 hari yang penuh mengerikan itu?
Dan..
🤷‍♂️Apa misteri di sebalik permainan maut ini?

kredit: @fikrifiq
Sumber imej: CineMaterial

.
ps: dah macam squid game aje kan gaiss???
😟😟😟

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top