THE INHABITANT (2018)

THE INHABITANT (2018)

Filem yang diarahkan oleh Guillermo Amoedo (penulis skrip filem The Green Inferno) ini membawa kita menerokai kisah moral yang rumit tentang kepercayaan manusia terhadap agama mereka.

Bergenre horror supernatural yang melibatkan manusia yang dirasuk oleh Iblis dan bagaimana mereka yang taat kepada agama mereka sendiri boleh terpesong dan mengikut jejak Sang Iblis yang menyekutukan Tuhan mereka.

Dalam filem ini, ia memberi pendekatan yang berbeza dari sudut psikologi, jalan ceritanya bukan sahaja bersandarkan orang yang kerasukan syaitan kemudian ada paderi datang halau syaitan semata-mata macam yang biasa kita tonton dikebanyakkan filem bergenre yang sama.

Filem ini walaupun agak slow burn namun ia berjaya mencipta atmosphere yang menakutkan dengan menggunakan konsep serangan psikologi terhadap watak┬▓ dalam filem ini.

Filem ini dimulakan dengan babak dimana 3 orang adik beradik perempuan menceroboh masuk ke rumah seorang senator korup yang kaya untuk mencuri wang dia.

Namun ketika mereka berada di dalam rumah tersebut, mereka telah menemukan sebuah bilik yang dikunci di ruang bawah rumah dan mendapati seorang anak perempuan diikat diatas katil dalam keadaan yang agak sadis.

Mereka cuba untuk menyelamatkan anak tersebut tanpa menyedari bahaya yang bakal mereka jumpa, mereka tidak tahu bahawa anak perempuan tersebut sebenarnya telah dirasuk oleh Iblis yang sangat kuat dan degil.

Overall filem ini mempunyai storyline, plot dan twist yang menarik, sesuai dengan penonton yang sukakan genre horror psikologi yang tidak terlampau ganas.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top