THE KILLER : A GIRL WHO DESERVES TO DIE (2022)

THE KILLER - A GIRL WHO DESERVES TO DIE (2022)

Salam guys… Aku baru layan filem KMovie nie, fuuhhhh terasa macam filem John Wick versi Korea… Penuh dengan aksi. Permulaan filem dah start fight dengan geng kapak….

Mungkin sharing aku ini ada SPOILER.. kalau tak nak spoiler boleh skip yer…


Bang Ui Gang @ The Killer nie seorang pembunuh upahan yang dah bersara setelah berkahwin ala macam John Wick. Untuk permulaan flem identiti dia memang belum tunjuk lah . Semua nya bermula bila dia di minta menjaga seorang remaja perempuan yang juga anak kepada kawan isterinya…

Biasa la anak muda suka berpeleseran akhirnya diperangkap sindiket pelacuran.. The Killer terpaksa la kembali beraksi untuk menyelamatkan si gadis. Tindakan dia menyelamatkan si gadis membawa ia dan seterusnya membongkar modus operasi sindiket ini ke tahap tertinggi yang melibatkan geng Russia dan VIP.

Kat sini la korang boleh tengok aksi demi aksi dari The Killer… tempur tanpa senjata, dengan pisau, kapak, pistol, sniper gun fuhhh menarik bhai.. dengan aksi tanpa senyum (ada sedikit la gelak2 jahat), dengan rambut tutup mata sebelah, aku tengok macam pelakon Zul Huzaimy pun ada.. tapi The Killer memang jenis tak bagi peluang lah .. semua dia sesah.

Tapi ada sedikit aku rasa agak spoiled… Lagi pun ini pendapat aku jer….
*Yuri gangster Russia, aku tak pasti la dalam filem ini watak dia memang Russian atau Korean mix Russian.. tapi rasanya dia bekas tentera unit khas Russia Spetsnaz. Aku rasa baik ambil pelakon mat saleh…Mungkin juga diaorang nak kurang kan kos la kot jadi dia blonde kan jer rambut Yuri..

*Aksi tembak menembak unlimited bullet antara The Killer dengan Yuri.. babak lain boleh jer reload tapj yang ini takde pulak…

*Aksi tembak menembak nie berlaku kat sebuah banglo mewah .. kat pool bersepah perempuan tengah enjoy, penjahat tengah enjoy dalam bilik dia.. boleh pulak semua tak sedar.. Betul punya padu soundproofing dia.


*Dekat nak ending lepas misi akhir nya hero balik jalan kaki… Eh ini bukan spoiled yer kesian kat hero tu 😁.. tapi tak sangka pulak si mastermind geng penjahat nie.. padan muka dia…

Okay la guys macam panjang sangat dah nie… Apa pun peminat filem aksi KMovie aku rekomen korang layan… Jumpa lagi next sharing… Bye bye
Personal Rating: 8/10

Kredit: Zakri Zainal

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top