1973, Susie Salmon dibunuh ketika usianya 14 tahun. Gadis remaja yang manis ini hidup bahagia bersama kedua ibubapanya (Jack dan Abigail), serta 2 beradik Lindsey dan Buckley. Kegembiraan seorang remaja dikelilingi kawan-kawan, citanya untuk menjadi seorang jurugambar hidupan liar pabila dewasa kelak dan perasaan halusnya kepada seorang jejaka bernama Ray Singh.
Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Susie melalui jalan pintas meredah kebun jagung apabila dia disapa oleh jirannya Harvey. Lelaki jahanam itu memujuknya untuk turun ke sebuah bilik persembunyian bawah tanah yang dibina sebagai tempat rehat. Tertarik dengan tawaran itu, tambahan pula Harvey adalah jirannya… Suzie bersetuju. Ternyata Harvey seorang psikop*t, dia telah lama mengidamkan Suzie dan kali ini kehendaknya tercapai.
Keluarga Salmon risau apabila Suzie tidak muncul-muncul menjelang malam lalu membuat laporan polis. Namun, Suzie gagal ditemui dimana-mana. Pihak polis akhirnya menemui topi yang dipakai Suzie dan tompokan darah.
Jack menjadi berang, dia tahu polis gagal mencari anaknya. Jack mula menyiasat. Manakala Abigail merasa tertekan dengan keadaan tersebut memilih untuk keluar ke daerah lain untuk menyejukkan keadaan. Pada suatu hari, Jack mengekori Harvey masuk ke ladang jagung tetapi, lain pula jadinya Jack hampir mati dipukul oleh seorang remaja.
Dan segalanya diperhatikan oleh Susie…Dia enggan pergi meninggalkan dunia ini, walaupun dia sedar dia sudah m*ti. Rohnya menerawang diantara bumi dan syurga. Dia melihat segala penderitaan yang ditanggung oleh ahli keluarganya, namun dia tak mampu berbuat apa-apa.
Jack dan Lindsay mengesyaki Harvey adalah orang yang menculik dan membunuh Suzie. Tetapi tiada bukti. Lindsay memecah masuk kerumah Harvey dan menemui satu buku skrap yang mengandungi pelan rumah mereka, gambar dan keratan surat khabar mengenai Suzie. Harvey telah menetapkan mangsa seterusnya ialah Lindsay.
Filem ini “straight to the point”, tiada plot twist. Awal-awal lagi memang kita dah tahu siapa pembunuhnya. Cuma, filem ni bermain dengan emosi yang sangat hebat. Bagaimana kasih seorang ayah kepada anaknya yang terlalu mendalam. Jauh disudut hati, kita boleh merasa satu perasaan sayu yang teramat sangat.
“I WAS HERE FOR A MOMENT, AND THEN I WAS GONE. I WISH YOU ALL A LONG AND HAPPY LIFE”
Be the first to leave a review.