THE MEDIUM (2021)

Sekumpulan pelajar universiti membuat satu dokumentari berkenaan dengan bomoh atau perantara (medium). Mereke bertemu dengan Nim, seorang bomoh wanita yang diresepi oleh semangat Ba Yan (dewi yang menjaga keamanan kampung mereka). Sudah menjadi tradisi zaman berzaman wanita dari keturunan Nim akan menerima tugasan ini. Nim sebenarnya menggantikan kakaknya Noi, yang enggan menjadi bomoh kerana ingin berkahwin lalu menukar agamanya kepada kristian.

Segalanya bermula apabila Nim menghadiri majlis pengebumian Wiroj iaitu abang iparnya, suami Noi yang mati kerana sakit jantung. Tetapi Nim merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana satu demi satu lelaki dalam keluarga itu mati. Anak lelakinya Mac, baru sahaja mati dalam satu kemalangan jalan raya.

Kini Noi tinggal bersama anak perempuannya Mink dan keluarga abangnya Manit. Noi menguruskan sebuah gerai menjual daging anjing dipasar. Mink pula mula bertindak aneh, karakternya mula berubah-ubah. Dia menjadi pengotor, bersikap keanakkan, bercakap seorang diri dan sebagainya. Dia mula didatangi haid yang tidak menentu. Kemuncaknya, dia dibuang kerja selepas majikannya mendapati dia menjadikan pejabat seperti pusat pelacuran pada waktu malam.

Noi mengesyaki yang Mink akan dipilih menggantikan Nim sebagai calon ‘perantara’ sekiranya Nim mati. Dia yang tidak mahu Mink menerima tanggungjawab itu bertindak membawa Mink berubat. Sebaliknya, Nim bertindak agresif lalu melarikan diri dari rumah bomoh dan menghilangkan diri.

Nim cuba mencari punca Mink menjadi sedemikian. Dia merasakan yang Mink sebenarnya dirasuki oleh roh abangnya Mac yang mati menggantungkan diri, bukan kerana kemalangan. Roh orang mati membunuh diri akan cuba menarik orang yang disayangi ke alam mereka. Mink hilang tanpa dikesan selama hampir sebulan. Nim berjaya menemuinya di sebuah tinggalan kilang benang milik moyang Wiroj.

Nim dan Noi cuba untuk menyembuhkan Mink dengan memohon pertolongan Ba Yan Malangnya, berhala Ba Yan telah dihancurkan, Nim mula merasakan ada satu kuasa yang lebih kuat dari Ba Yan sedang menekan mereka.

Untuk itu Nim menemui seorang sahabatnya, bomoh yang bernama Santi. Dia mengatakan keengganan Noi menjadi bomoh mengundang kutukan Ba Yan. Ini diburukkan lagi dengan sumpahan keatas keturunan Wiroj yang pernah menganiayai pekerjanya. Manakala bisnes daging anjing yang dilakukan Noi adalah salah disisi undang-undang Thailand – semangat anjing yang dianiayai itu turut menjadikan Mink sebagai mangsa.

Mereka mula merancang melakukan ritual untuk menyembuhkan Mink. Malangnya dalam tempoh menunggu itu keadaan Mink telah menjadi semakin teruk dan tidak boleh dikawal. Dia telah membawa lari bayi Manit dan hampir membunuhnya.

Nim ditemui mati mengejut dirumahnya. Sebelum mati, Nim pernah menyatakan yang dia sendiri tidak yakin dengan dirinya – adakah dia sebenarnya yang dipilih oleh Ba Yan.

Ritual menyembuhkan Mink diambil alih oleh ibunya Noi, dibuat di tinggalan kilang benang milik moyang Wiroj dengan bantuan Santi. Tetapi apa yang dirancangkan tidak berlaku seperti yang sepatutnya….

Katakan tidak kepada ‘spoiler’….nak tau endingnya bagaimana?. Tu kena tengok sendiri le. Makcik pun tengok 2 kali nak bagi faham jalan ceritanya.

#makcikreview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top