Seorang wanita yang tidak bernama sedang disiasat oleh 2 orang FBI di Safe House tentang kes penjualan senjata kepada satu rangkaian jenayah terbesar didunia. Tiba-tiba berlaku tragedi tembak menembak, seorang dari ejen FBI itu mati, seorang lagi cedera. Wanita itu memberikan rawatan kepada ejen tersebut, dan kemudiannya membuat bom dari bahan yang ada disitu. Dia diserang oleh seorang lelaki, perutnya ditikam. Pada babak ni barulah makcik nampak yang wanita ini sedang sarat memgandung….pada ketika itu juga bom buatan sendiri itu meletup. Lelaki itu terkorban. End of part one..
Wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Dia diarahkan meninggalkan anaknya di bawah program perlindungan saksi demi keselamatan. Kepada ejen Cruise (lelaki yang dia selamatkan) dia titipkan 3 pesan iaitu :
1. Pastikan anaknya hidup dengan bahagia tanpa tahu identitinya
2. Hantar gambarnya pada setiap tarikh hari lahirnya
3. Hubunginya dengan segera kalau anaknya didalam bahaya.
Dan dia pun pergi menyembunyikan diri selama 12 tahun di Alaska.
‘The mother’ – gelaran yang diberi kepada wanita tersebut. Pada suatu hari, dia mendapat surat dari Cruise yang anaknya dalam bahaya. Dia keluar dari Alaska menemui Cruise di Ohio. Cruise mengesahkan dalam satu operasi mereka telah menemui gambar anaknya Zoe, petanda anaknya dalam bahaya.
Zoe diculik oleh geng-geng penjual senjata yang didalangi oleh Lovell dan Alvarez. Dia gagal menyelamatkan Zoe, walaupun berjaya menembak mati beberapa orang dari mereka. Dia tahu, penculikan ini adalah untuk mengumpannya keluar dan menyerah diri kepada mereka.
The Mother dan Cruise terbang ke Cuba. Disana dia berjaya menemui Zoe, menyelamatkannya dan membunuh Alvarez. Rupanya, The Mother merupakan seorang bekas tentera, lebih tepat lagi sniper dengan survival skill yang tinggi. Dia kemudiannya menjadi agen mendekati 2 orang penjual senjata yang sebenarnya adalah bekas tentera US juga.
Pulang dari Cuba, Zoe diserahkan semula ke keluarga angkatnya. Malangnya satu lagi serangan tembak menembak berlaku…Cruise terbunuh. The mother sekali lagi menyelamatkan Zoe, membawanya keluar dari situ dan kembali ke kabinnya di Alaska.
Disana dia mula melatih Zoe kemahiran survival supaya Zoe dapat menjaga dirinya sendiri. Dan Zoe tertanya-tanya adakah The Mother ibu kandungnya. Lama kelamaan mereka menjadi rapat. Satu masalah berlaku, identiti Zoe terdedah dan dijejaki Lovell. Dia meninggalkan Zoe kepada seorang rakannya untuk dijaga…
Endingnya?..kenalah tonton sendiri. Filem ni memang penuh dengan aksi. Ada juga babak yang sedih bila Zoe cakap yang ibunya tak sayangkan dia, dan dibalas oleh rakannya..
“Perempuan seperti itu kita harus perhatikan perbuatannya, bukan percakapannya. Dia sanggup mati demi kamu”
Makcik sebenarnya peminat Jennifer Lopez , lagu dan movienya memang makcik enjoy layan…artis top tahun 2000. Sekarang ni umurnya seusia makcik tapi masih lagi mantap berlakon filem aksi. Kalau yang mintak rating, maaf makcik tak pandai bab ni.
Be the first to leave a review.