Dah lama tak sambung heshtek sendu aku tu. Maka aku kena terjun semula ke lembah misteri mencari hasil. Dan yeahh. Hasil tangkapan kali ni ‘berat’ dan agak memuaskan.
- Kisahnya ringkas, pasal Beth yang kematian suami akibat membunuh diri. Beth yang merupakan seorang cikgu, baru nak memulakan hidup seperti biasa.
- Rumah yang Beth duduk ni suami dia yang bina sendiri. Rumah tepi tasik, sangat privasi dan cantik gila. Hmmm kalau aku ni mati hidup balik belum tentu mampu duduk rumah camtu.
- Masalah mula timbul bila Beth masih lagi dapat rasakan kehadiran suami dia. Nampak tapak kaki basah naik ke tangga. Radio berbunyi sendiri dan sebagainya. Dia jugak selalu mimpi (adakah betul mimpi?) yang aneh.
- Nak dijadikan cerita, Beth terjumpa gambar seorang wanita dalam iphone suami dia. Mula dari sini, Beth rasa dia nak siasat lah. Laki dia curang ke apa sebenarnya nih!
- Semakin dia gali, semakin dalam dia pergi. Makin dia tak kenal siapa suami dia selama ni.
- Kejadian makin menggila weh. Beth dapat tahu yang ada sebuah rumah yang laki dia bina di seberang tasik sana. Cuma rumah ni, struktur dia sama macam rumah Beth, tapi rekaan dia macam depan cermin. Maksudnya rumah tu macam terbalik lah. Ahh payah pulak aku nak eksplen.
- Tadi kata ringkas ??! Huhu maaf. Mianhe.. Aku sendiri baru sedar yang cerita ni tak ringkas pun sebenarnya.
- Apa benda sebenarnya semua ni? Kenapa suami Beth bunuh diri ? Apa kena mengena dengan rumah ‘terbalik’ tadi tu? Pepandailah korang rungkaikan sendiri..
- Filem macam ni jenis fakapkan fikiran kita. Jadi jangan hairan kalau di akhir cerita, ada penonton paham macam ni, ada penonton paham macam nu.
- Tapi takda jawapan yang salah. Sebab penonton yang faham cara A, dia ada alasan sendiri. Yang faham cara B, dia ada hujah sendiri jugak.
- Filem terakhir aku tonton yang konsep open gini ialah Me & Me (2020) dari Korea. Filem hebat yang buatkan perut aku memulas sebab fikir teori yang mana aku nak terima.
- Tapi hey, seni itu luas ! Terpulang pada masing-masing nak terjemah macam mana. Janji ada asas yang logik. Yang penting jangan gaduh-gaduh.
- The Night House ni antara filem yang cantik gambarnya. Cgi nya hebat. Horror nya juga menjadi dengan cemerlang. Ada satu babak dalam bilik air tu perghhh. Cering bulu roma mak ni nyah..
- Tanpa segan silu aku nak masukkan filem ni dalam senarai naskhah terbaik untuk tahun 2021. Senarai aku lah. Senarai korang aku tak tahu !
- Ok lah. Setakat itu saja. Tulis pepanjang kang ada lah tahi-tahi unggas suruh lukis.
kredit: Nur Hela
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}