THE PERFECT NANNY (2019)
“Diinspirasi dari kejadian sebenar – Tragedi bersama pengasuh…”
Sebuah filem Thriller France yang sangat menarik dan mengganggu emosi.. Diinspirasi dari kes pembunuhan sebenar pada tahun 2012 di mana Lucia dan Leo Krim, yang baru berumur 6 dan 2 tahun ditikam hingga mati di sebuah apartmen Manhattan, NY oleh pengasuh yang paling dipercayai ibubapa mereka, Yoselyn Ortega. Dia kemudian cuba untuk membunuh dirinya namun tidak berjaya kerana sempat ditangkap. Bagaimana ini boleh berlaku?? Semua akan terjawab didalam filem ini.
FILEM INI AGAK SLOW-BURN, TIDAK SESUAI UNTUK PENONTON YANG KURANG KESABARAN!
Namun..ia adalah kisah yang sangat berbaloi untuk ditonton, semakin kita telusuri perjalanan cerita ini, semakin ia berkembang dan memberi impak yang tegang dan menakutkan dari sisi psikologi hingga penghujung cerita.
Sangat berbaloi malah ia juga memberi pengajaran kepada kita terutama yang bergelar ibubapa agar tidak terlalu sibuk, mementingkan kerjaya dan kehidupan peribadi sehingga menyerahkan segala urusan, tanggungjawab menjaga dan mendidik anak² kepada si pengasuh. Memang bukan mudah, tapi atleast kita cuba sedaya upaya seimbangkan kerjaya dan anak².
Be the first to leave a review.