Seorang gadis ditemui oleh penduduk setempat dalam keadaan pengsan dan dihantar ke hospital. Apabila dia sedar, dia telah disoal siasat oleh seorang detektif tentang identiti dan kejadian yang menimpanya.
“Namanya ialah Lex. Dia dan 3 orang rakannya, Bree, Chris dan Sam telah ke sebuah resort yang ditinggalkan di sebuah pulau di Hawaii. Dari satu konten yang dilihat didalam yout*be, resort tersebut dikatakan berpuaka kerana ada kisah hantu gadis bermuka sebelah dan misteri bilik 306. Dek kerana gangguan itu pemilik resort telah menutup operasi perniagaan mereka. Resort itu akhirnya terbiar dan dijauhi oleh penduduk setempat. Dia datang kesana untuk mencari mitos hantu yang digembar-gemburkan, pada masa yang sama mencari bahan penulisan untuk novelnya”
“Menurut Lex, sepatutnya mereka pulang dengan bot yang terakhir pada pukul 7 petang. Tetapi, Lex telah tertinggal bag galasnya di dalam bilik 306. Dia dan rakannya berpatah balik untuk mengambil beg galas berikut. Ketika keluar, pintu grill dilobi telah dikunci dari luar, dan sebuah kereta peronda sekuriti berada di sana. Kerana risau tertangkap masuk tanpa keizinan, mereka telah cuba mencuri kereta peronda dengan niat untuk melarikan diri. Malangnya, Bree terkunci didalam kereta tersebut. Kereta bergerak dengan sendiri merempuh bangunan resort dan jatuh ke tingkat bawah. Kemalangan itu membunuh Bree. Pada ketika itu, mereka bertiga melihat kelibat puaka gadis berwajah sebelah. Mereka melarikan diri, tetapi seolah-olah segala pintu dan jalan keluar telah tertutup”.
Ketika ditemui, Lex mengesahkan rakan-rakannya telah mati di dalam resort tersebut. Tetapi Detektif dengan skeptikalnya mengarahkan satu team polis ke resort tersebut untuk membuat siasatan.
Ok, makcik nak angkat baju di jemuran. Kalau rajin, makcik sambung cerita. Kalau takde, korang tengoklah sendiri. Betulkah resort tu berhantu ataupun Lex tu yang terlebih berimaginasi? beware for what you are asking for!
Be the first to leave a review.