The Revenant (2015)

The Revenant (2015)

Kesah ini adalah inspirasi daripada sebuah novel dan juga kisah benar yg berlaku pada awal kurun ke 18.
Mengikut sejarah, Glass asalnya seorang budak Pannsylvania dari keluarga Socts-Irish yang dicolek oleh lanun Maxico Chief Jean Lafitte supaya bekerja sebagai orang suruhan atau dibunuh, selepas dua tahun bekerja sebagai orang suruhan lanun dia bertekad untuk lari dari kerja lanun, terjun dari kapal berenang ke Galveston, Texas, dan nasib tak berepa baik ditangkap oleh kumpulan Pawnee iaitu satu suku kaum Red Indian.

Suasana film ini menggambarkan awal penempatan orang Inggeris di bumi Amerika, kira dianggap kisah sejarah .

Hugh Glass lahir 1783 – 1833 (lakonan Leanardo Decaprio) berkahwin dengan puak Red Indian dan memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Hawk, malangnya isteri beliau telah hilang nyawa ketika usia muda semasa anaknya masih kecil dan selepas diserang sekumpulan askar inggeris yang menyerang perkampungan beliau.

Plot bermula Glass dan Hawk anak sedang memburu Rusa di dalam hutan, disamping itu sekumpulan orang inggeris anggaran kurang 100 orang sedang berkumpul berehat menikmati makanan, sedang mereka lepak2 tiba-tiba diserang sekumpulan Red Indian, kiranya serangan hendap menggunakan panah, scene ni memang epic cara cenema photography dia macam permainan game pon ade, camera dia drag dari satu babak ke satu babak tanpa berkelip mata.
Dengar bunyi dentuman pistol si Glass dan anaknyak bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Ada dipanah, ada dikapak, ada ditusuk kepala, ada ditempak, ada dicekik, ditembak menggunakan senapang zaman tu memang old version, sekali tembak kene refill sekali, masa ni memang orang inggeris tak prepare ape habis kene tarah, ramai yang hilang nyawa, tak tahan dengan serangan bertali arus mereka semua berlari ke bot untuk meninggalkan tempat tersebut.

Rupanya yang menyerang mereka adalah kumpulan Red Indian Arikara yang tinggal di kawasan Utara Dakota. Yang melindungi anaknya yang diculik oleh askar Prancis bernama Powaqa.

Ramai telah terkorban hanya 1/3 yang tinggal rombongan membawa barang2 tangkapan haiwan yg diketuai oleh Glass, mereka menaiki bot hingga ke satu tempat, dengan mengikut arahan Glass bot terbabit dibiarkan hanyut melalui sungai, dan mereka semua bercadang berjalan kaki menuju ke pusat pindahan barangan. Kira ibu pejabat laaa.

Dalam ramai2 kumpulan ni, ada seorang mamat bernama John Fitgerald lakonan Tom Hardy memang tak puas hati dengan Glass, kerapkali bergaduh dalam perjalanan mempertikaikan kenapa perlu ikut cakap Glass, sebenarnya, sebelum ekpidisi ini dibuat setiap ahli diminta tanda tangan menyatakan bahawa mesti dengar arahan Glass dan utamakan keselematannya.
Perjalanan diteruskan, barang2 banyak terpaksa dikendong, disamping itu kapal yg mereka hanyutkan telah dijumpai oleh puak Arikara, dalam perjalanan hujan pon turun. Mereka masing2 macam tak puas hati dengan Glass terutama Fitzgerald, jenis panas baran, mulut asyik sakitkan hati orang, tapi Glass selalu dapat backup dari Kapten Andrew Henry.
.
Memasing semua berehat di satu tempat untuk hilangkan penat, pada esok paginya si Glass ajak anak dia ikut memburu, tapi anak Glass iaitu Hawk masih bersedih taknak pergi sebab ada pergaduhan Fitzgerald tak reda lagi, masa sedang memburu sensorang, si Glass telah diserang oleh ibu beruang Grizzly yang besar gedabak, tak sempat Glass tembak habis dia kene hempuk, scene pergelutan Glass dengan beruang ni memang epik, scene paling penting dalam cerita ini, 3 round si Glass kene libas dengan beruang ni, memang lunyai dibuatnya, habis satu badan dia kena carik2 dengan kuku beruang yg sangat tajam, satu tikaman dalam pada leher Glass, sehingga dia hilang suara, memang kesian, bila sampai round ke 3 Glass berjaya membunuh beruang tersebut menggunakan pisau.
.
Beberapa seketika datang kawanan ekspidisi diketuai Kapten Henry mencari Glass dan terjumpa Glass telah terjatuh dihimpap bersama beruang Grizzly digaung, masa tu Glass total loss, macam kereta barai enjin, dah tak boleh bangun, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap, hanya mata aja yang terbuka, kawan2 tolong apa yang patut untuk merawat Glass, sebab kaki gelas macam patah atau terkehel, luka2 perlu dijahit terutama dekat belakang badan, perh ngeri.
.
Hal ini menjadikan keadaan semakin rumit, team terpaksa membawa Glass menggunakan tandu, cuba bayangkan, habis dalam group bergaduh merungut kerana terpaksa bawak tandu Glass, dah kene bawak banyak barang, kemudian bawak tandu, hanginlah si Fitzgerald, hal paling merumitkan, terutama masa melalui sungai dan tempat tinggi seperti atas bukit.
Kapten Henry rasa si Glass tak boleh hidup lama dan dia buat keputusan untuk bunuh Glass, tapi dia tak sampai hati, dia buat keputusan supaya Glass mati perlahan-lahan, dan membuat tawaran siapa boleh bersama Glass sehingga dia mati, hal ini telah dipersetujui oleh seorang remaja bernama Jim Bridger, Hawk dan Fitzgerald, ehhh tetiba jaaa si Fitzgerald jadi baik.
.
Selepas team yang lain mulakan perjalanan meninggalkan mereka di satu tempat, datang si Fitzgerald kepada glass, bertanyakan setujukah kalau dia bunuh Glass, Glass setuju, dengan menerima arahan menkerlipkan mata, lalu dia ambil kain menutup mulut dan hidung Glass yang tak boleh bergerak, tapi dia meronta2, perkara ni disedari oleh Hawk, dan cepat menghalannya, Hawk cuba minta bantuan Bridger tapi tak didengari Jim berada di sungai,
Habis si Hawk kene pukul, entah macam mana si Fitzgerald boleh rodok2 perut Hawk dengan pisau depan mata Glass, perh menyerap masa ni tengok perangai Fitzgerald ni, jahat tahap sibat.

Tetiba jaaa Bridger muncul mencari Hawk, tapi si Fitzgerald tak bg tahu hal sebenar, kemudian dia tarik dan seret Glass keluar dari tandu kauh ke dalam lubang, perh memang menyighap baiii, orang sakit2 dia buat macam tu, tapi Bridger halang supaya jangan buat macam tu, Fritzgerd kata dia tak nak kene tinggal jauh dari team yg lain, dia bagi tahu nak ikut cepat, lambat tinggal, kemudian dia kata biarkan Glass mati sebab ada Hawk yg jaga.
Hati Jim Bridger memang taknak tinggal, tapi dia terpaksa ikut Fitzgerald. Selepas beberapa ketika, Hawk mati tak jauh dari tempat Glass, si Glass terpaksa menyarap macam ular cari Hawk tak jauh dari lubang dia kene tanam, sedih gila anak mati kene bunuh depan mata disamping tak boleh nak buat apa2.
The Revenant diinsprasikan dari sebuah Novel tajuk yg sama keluaran 2002, penulis Michael Punke,
Seterusnya korang layanlah cita best ni, cenema photography dia A.

Ada banyak lagi adventure tak diceritakan dalam ni, ada aksi memang tak boleh belah dan juga ada unsur2 tahyul dan mistik.
Persoalannya adakah Glass dapat diselamatkan?, bagaimana team2 yg lain? Adakah mereka selamat sampai?? Apakah hubungan Glass dengan puak Arikara nanti?? Adakah Glass berjumpa dengan Fitzgerald nanti???

Direktor bukan calang2 Alenjandro G. Innatlritu, juga pengarah Birdman dan Babel.
Bajet 135 usd box office 533usd
Diharap korang enjoy movie yg mantop ini,
Wassalamm
😧😧😧

(2015)
genre: mystery, adventure, thriller
Rate: 9/10

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (1 vote)
Rating9
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top