The Suspect (2013)

The Suspect (2013)

Plot twist dia tak boleh nak baca gaiss, padat dengan aksi yang mendebarkan, balas dendam, juga banyak main emosi kita..

Seorang Ejen Pengintip Korea Utara bernama Dong Chul yang pergi ke Korea Selatan untuk mencari rakannya yang telah menjadi musuhnya dek kerana kematian isteri dan anaknya kerana perbezaan idealogi beragama.

Disamping dia mencari rakannya itu, dia juga bekerja sebagai pemandu pribadi seorang CEO sebuah perusahaan besar. Suatu malam CEO ini menjadi mangsa korban penyerangan dan pembunuhan. Dong Chul tiba-tiba dirinya menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan ini. Dia kini menjadi suspek buruan pihak polis.

Kini dia melakukan pelbagai cara untuk membersihkan namanya sekaligus menangkap pembunuh walaupun meski dia harus menempuh banyak rintangan berbahaya demi mengungkap sebuah kebenaran.

Disamping wujud watak penyiasat yang pernah dikalahkan oleh Lee Dong Chul beberapa tahun dahulu yg dilepaskan oleh Lee Dong Chul sendiri atas sensetiviti perkemanusiaan dan kasih-sayang.

Perasaan penyiasat ini berbalah bahagi dengan tugas dan hutang nyawanya dengan Lee Dong Chul.

Adakah benar anaknya sudah mati? sebab sejak anaknya lahir dia langsung tidak pernah melihat anaknya.

Sepanjang filem ini berlangsung, kita disajikan dengan aksi dramatik yang menegangkan, berlumba lumba memandu kereta dengan kelajuan penuh, aksi tembak menembak, melompat jambatan dan bangunan, kejar berkejaran di atas jalanraya dan dalam shopping mall, pertembungan kereta dengan 4×4, pertarungan tangan kosong yang padu, puas hati tengok !!

Filem ini banyak menerima anugerah/award pada tahun 2014.
Antaranya pelakon terbaik filem iaitu watak utama filem ini Gong Yoo.

Sangat rekomen untuk menonton filem ini, ampa pasti tidak akan menyesal !!

Rating Peribadi : 8.5/10

Ps: memang layan gaiss, buat peminat bourne trilogy, korang layan le movie ni, tak sangka korean boleh buat movie cam ni, ada sesiapa yg dah layan gaisss????

😧😧😧

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top