THE VISIT (2015)

Mengisahkan seorang ibu tunggal yang hidup tidak terurus, berhajat untuk menghantar kedua anak perempuan dan lelakinya balik ke kampung untuk menjenguk atuk dan nenek mereka yang sudah lama tidak berjumpa. Anak perempuannya, Becca dan anak lelakinya, Tyler bersetuju dgn cadangan itu sementara memberikan masa kepada ibunya menguruskan hal2 yg sepatutnya.

Becca bercadang untuk membuat filem pendek tentang kenangan kanak-kanak mengenai ibunya. Sebab tu Becca akan membawa video kameranya setiap kali dia keluar ke mana-mana.

Apabila mereka sampai ke stesen yg dikatakan kampung atuk dan neneknya, mereka berasa gembira kerana dapat berjumpa dan dijemput oleh atuk dan nenek mereka. Maka bermula lar hari mereka hidup bersama dgn atuk dan nenek mereka selama beberapa hari. Setiap hari Becca dan Tyler akan berhubung dgn ibu mereka dgn menggunakan video call di laptop dan menceritakan apa yang mereka buat setiap hari di rumah atuk dan nenek.

Atuk mereka awal2 sudah bagi amaran kpd mereka supaya jangan keluar bilik selepas pkl 9.30 mlm. Walaupun mereka mcm bosan dgn mcm2 peraturan yg dikenakan oleh atuk mereka tapi mereka tidak syak apa2 pada awalnya. Sehingga lar satu malam, mereka selalu terdengar bunyi pelik di luar pintu bilik mereka. Becca dan Tyler berasa pelik apabila atuk mereka selalu berada di dlm kandang kuda setiap hari. Nenek mereka pula suka memasak muffin dan selalu menyuruh Becca membersihkan oven mereka dgn merangkak lebih ke dlm lagi. Mereka mengadu kepada ibu mereka yg atuk dan nenek mereka selalu berperangai pelik.

Disebabkan mereka selalu video call ibu mereka tanpa menunjukkan muka atuk dan nenek, maka satu hari ibu mereka telah ternampak atuk dan nenek tersebut dan memberitahu kepada Becca dan Tyler yang itu bukan lar atuk dan nenek mereka sebenarnya. Ibu menyuruh mereka supaya mengemaskan pakaian cepat2 dan keluar dari rumah itu dgn segera.

Dapatkah Becca dgn Tyler keluar dari rumah itu dengan selamat? Apakah alasan yang patut mereka bagi apabila tiba-tiba atuk mereka menghalang mereka keluar dari rumah? Movie ni banyak suspense scenes yang kadang-kadang membuatkan korang berdebar dan terkejut nate beruk. Apa2pun movie yang diarahkan oleh M. Night Shyamalan memang tidak pernah mengecewakan.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top