Orang tamak selalu rugi….
EPILOG :
Babak dimulakan dengan seorang bapa menceritakan kepada anak lelakinya kisah Dewi Kekayaan. Beliau adalah simbol emas dan bijirin, rahimnya pula adalah bumi. Apabila bumi dicipta, dia telah melahirkan 160 juta dewa dewi. Namun anak yang paling disayangi adalah Hastar. Hastar dibenci oleh adik beradik dewa dewi kerana dia terlalu tamak. Selalu mengambil emas dan bijiran berlebihan. Pada suatu hari, mereka merancang untuk membunuhnya, tetapi Dewi Kekayaan telah menyembunyikannya di dalam rahimnya dengan amaran – Hastar tidak lagi boleh disembah dan namanya akan dilupuskan dari sejarah.
CHAPTER 1 :
1918 – disebuah kampung bernama Tumbbad, seorang wanita kepada 2 orang anak lelaki tergesa-gesa keluar dari sebuah rumah agam dalam keadaan hujan lebat. Ketika dia tiba di rumahnya, anak sulungnya Vinayak dan adiknya Sadashiv sedang cuba masuk ke sebuah bilik sambil membawa sepinggan makanan. Wanita itu memarahi dan memukul anak sulungnya dengan ingatan…menjauhkan diri dari bilik itu! Apabila pemilik rumah agam itu mati, wanita itu hendak keluar dari Tumbbad. Vinayak memujuk ibunya supaya mendesak makhluk (yang dipanggil nenek)di dalam bilik itu membocorkan rahsia tentang harta karun di Rumah Agam itu. Ibunya memukulnya berkali-kali sambil memberi amaran, sikap tamak akan memberi natijah yang buruk. Namun, satu kecelakaan berlaku apabila adiknya cedera parah jatuh dari pokok. Tatkala ibunya menghantar adiknya berjumpa doktor, dia telah mengarahkan Vinayak untuk memberi makan kepada makhluk tersebut. Vinayak mendesak nenek rahsia harta karun, dan dia melakukan kesilapan besar apabila terlupa satu mantera, yang menyebabkan dia hampir terbunuh. Adiknya mati, selepas mayatnya dibakar…dia dan ibunya keluar dari kampung berpuaka itu.
CHAPTER 2 :
15 tahun kemudian, Vinayak pulang ke Tumbbad untuk mencari harta karun. Dia ke rumah lama mereka, nenek itu masih berada di bilik yang sama, ditumbuhi pokok diatas tubuhnya. Dia mendesak nenek itu bercerita tentang harta karun di rumah agam. Nenek itu bersetuju, kerana Vinayak adalah keturunannya yang sah. Nenek memberi syarat Vinayak mesti membakar tubuhnya untuk mengakhiri penderitaannya. Namun, dia menekankan satu perkataan – Jangan Tamak, sikap itu membawa kepada penghinaan seperti yang berlaku pada dirinya. Vinayak kembali ke rumah agam, berdasarkan panduan yang diberikan oleh nenek, dia berjaya memperolehi harta karun itu. Dia kembali semula ke Pune, menjadi orang kaya baru.
CHAPTER 3
1947, kemerdekaan negara India. Tumbbad adalah antara kampung yang tanahnya akan diambil dan dibangunkan kerajaan. Vinayat melatih anaknya Pandurang untuk menggantikannya kelak mengambil harta karun di Rumah Agam. Dia sudah tua dan tidak berdaya lagi. Pandurang mencadangkan supaya mereka membawa keluar harta karun secara besar-besaran sebelum segalanya dihancurkan oleh kerajaan. Orang tamak selalu rugi. Vinayat mengabaikan pesanan dari ibunya dan nenek …sifat tamak akan membawa kepada kehidupan abadi yang penuh kelaparan dan penderitaan.
Babai
Gentle reminder : tidak sesuai ditonton bersama anak-anak kecil. Sebab ada sikit adegan xx. Walaupun tak ketara sangat, tapi bila diorang bertanya ..”diorang buat apa tu mak/ayah?”. Penat kau nak menjawab.
Be the first to leave a review.