Till Death

till death
Pertama sekali, aku taktahu macam mana Megan Fox boleh dapat watak ni. Sama ada memang takda calon lain yang lebih bagus masa audition, atau produser memang nak dia. Sebab lakonan dia keras nyah. Keras.
 
Kalau nak kata diorang nak jual body dia, aku rasa tak. Sebab filem ni banyak setting kat salji, takkan ko expect Megan nak pakai singlet saja? Takda pun bubis dia dalam ni macam dalam Transformers Bay tu.
 
Jadi aku berkesimpulan, filem ni kan berbajet rendah. Jadi, produksi nak cari pelakon lead yang ada nama, tapi tak berapa mahal. Keras ke kejung ke tu belakang citer. Janji boleh tarik crowd.
 
Megan ni bukan tak boleh berlakon langsung. Tapi dia sesuai watak bitchy je.. jenis nak deep feeling macam ni dia tak berapa boleh pi. Korang nampak muka dia dalam poster tu? Ha itulah ekspresi dia sepanjang filem ni. 😂
Ok sudah bab mengumpat lakonan beliau.
 
1. Mengisahkan Emma dan Mark nak sambut anniversary perkahwinan yang ke 10. Tapi masa makan malam tu korang dah boleh nampak yang Mark ni jenis king control dan narsistik.
 
2. Senang citer, perkahwinan diorang ni toksik. Takyah sebarang flashback pun kita boleh tau. Walaupun muka Emma keras tapi kita boleh nampak dia tak bahagia. (Mengumpat lagi)
 
3. Lepas makan, Mark bawak Emma pergi satu ‘lake house’ yang agak terpencil dan dikelilingi salji tebal. Fuhh romantik nyahhh.
 
4. Ku sangkakan stim sampai ke lusa, rupanya bala di pagi hari. Esok pagi tu, Emma bangun tidur dia tengok tangan dia digari dengan tangan laki dia. Tengah mamai tu kan, laki dia mati.
 
5. Dah mati tu takpa lah. Yang kau nak seksa sekali Emma tu dah kenapa? Ha yang ni korang kena tengok sendiri. Start dari sini cerita dah mula seronok.
 
6. Kenapa laki dia benci sangat dengan Emma ni, pastu macam mana dia nak lepaskan diri. Sebab memang laki dia tekad nak Emma ni mampus sekali dalam rumah tu.
 
7. Bagi aku seronok jugak. Untuk pengetahuan korang majoriti babak heret, Megan memang heret betul-betul tau mayat tu. Kuat betul dia. Kalau aku baru heret 2 meter aku dah rehat kejap minum air pastu terus kena rehat seminggu sebab sakit pinggang.
 
8. Nak kata suspen sangat pun tak. Suam-suam gitu je. Tapi tetap korang macam nak tengok apa akal dia lagi dan lagi.
 
9. Kalau korang jenis enjoy tengok The Shallows, boleh la layan ni. Sejam 20 minit je.
 
Kredit Nur Hela
Layan gaissss
 
☺☺☺
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top