Trial By Fire (2018)

Trial By Fire (2018)

.
1-Baru ni aku ada tengok satu movie kat HBO tajuk dia Trial By Fire..cerita mengenai sorang ayah dan suami ni yang jenis pemabuk dan kaki pukul dipenjara atas tuduhan membunuh anak perempuan sendiri dalam kes kebakaran..walaupun jahat,tapi isterinya memberitahu yang suaminya ni sangat sayangkan anak2 mereka..lampin anak mereka pun suami dia yang tukar..si suami sampai ke sudah tak mengaku yang dia bunuh anak mereka..

jadi adakah dia akan dihukum bunuh?korang kena tengok sendiri..sebab cerita ni memang layan..genre dan ending dia bukan jenis tipikal filem..kalau bapak2 yang ada anak tu mungkn akan berair mata juga tengok filem ni..personal rating aku 9/10 untuk movie ni👍

.
2-Apa yang menyebabkan aku suka tengok movie ni adalah lakonan watak utama nya si suami yang jahat tu..lakonan memang mantap
marvelous..rasa mcm pernah aku lihat tapi di mana yea?🤔

.
3-aku search google siapa pelakon ni..namanya Jack O Connel..mak ai dia pelakon sama yang berlakon watak budak2 dulu dalam Filem Eden Lake..filem ni sampai sekarang aku aku tak boleh hadam sebab watak Jack sebagai budak jahat tu buat aku gerun terfikirkan tentang kewujudan remaja2 nakal yang ada kat dunia ni sampai sanggup bunuh orang..memang jahat teruk watak Jack dalam movie ni..yang mana belum pernah layan Eden Lake boleh try layan..

.
4-Rupanya2 juga si Jack ni pun pernah berlakon dalam movie masterpiece bagi aku tajuknya Unbroken beberapa tahun lalu.. yang mana belum pernah tengok movie ni boleh tengok jugak personal rating aku 10/10 untuk movie ni👍

.
5-Sekarang Jack O Connel dah masuk dalam senarai filem yang aku akan tonton kalau dia berlakon..hebat
perkembangannya dari remaja sampailah sekarang👍

Kredit: Hafiz Rani Car Salesman

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top