TURISTAS (2006)

Filem ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Brazil dan Turistas bermaksud Tourist atau pelancong. 3 orang pelancong dari Amerika iaitu Alex dan adiknya Bea, serta Amy melakukan perjalanan backpakers menaiki bas konon-konon nak travel Brazil “up, close & personal”. Tiba-tiba, kemalangan berlaku. Dalam suasana kecoh tu, mereka berjumpa dengan 2 lagi pelancong dari British iaitu Liam dan Finn, dan seorang gadis dari Australia yang fasih berbahasa portugal bernama Pru.

10 jam mereka akan disidai di tepi jalan sementara menunggu bas lain sampai dari bandar. Lama tu! Jadi mereka nampak ada pantai tidak jauh dari situ, lalu pergi bersantai-santai di sana. Pantai yang cantik, ada kelab dan hotel yang havoc juga. Mereka akhirnya membatalkan niat untuk menaiki bas, dan memilih untuk menginap disitu…

Amy ditegur oleh seorang lelaki tempatan bernama Kiko, yang boleh berbahasa inggeris. Mereka jadi kawan, sambil menari, enjoy minum-minum sampai mabuk. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah perangkap. Minuman mereka diletakkan dadah. Sepanjang malam mereka tidak sedarkan diri. Esoknya bila bangun, mereka tidak lagi berada di kawasan kelab dan segala barang mereka hilang.

Lalu mereka berjalan masuk ke kampung berhampiran meminta tolong, sambil cari balai polis. Mereka bertemu dengan Kiko semula, dia sudi membantu membawa mereka ke sebuah rumah milik pakciknya, supaya mereka boleh berehat dan bersiap untuk pulang ke bandar. Jadi sebelum tu, diorang enjoy mandi disebuah air terjun yang cantik dan ada gua di bawah air. Tiba-tiba je Kiko cakap – “Apakata, korang balik ke bandar sementara masih sempat lagi. Tak perlu pergi ke rumah pakcik aku”. Degil juga mereka ni, tak puas berjalan lagi menikmati keindahan pendalaman Brazil katanya. Tiba-tiba, kepala Kiko terkena batu, dia luka berdarah dan mereka membawanya ke rumah pakciknya untuk dirawat.

Disinilah bermulanya kisah ngeri mereka…perangkap! Mereka sebenarnya sengaja dijebak dalam satu sindiket penjualan organ. Ngeri, bila tengok pembedahan keluarkan organ dalam keadaan orangnya masih hidup.

Filem ni memang best…suspen!, suspen!, suspen!, Walaupun ada babak pembedahan, dipotong sana sini, tapi tak adalah gore sangat. Agak-agak ada tak yang survive?… tu kena tengok sendiri. Filem yang berbaloi untuk ditonton.

Gentle reminder : tidak sesuai ditonton dengan anak-anak, sebab pakaian tutup yang penting saja, ada sikit babak xxx dan keganasan.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top