UNSANE (2018)

UNSANE (2018)

Filem #psychological #thriller ni diarahkan oleh Steven Soderbergh yang pernah mengarah filem Erin Brokovich (2000), Ocean’s Eleven (2001), Ocean’s Twelve (2004), Ocean’s Thirtheen (2007) & banyak lagi.Keseluruhan filem ni dirakam guna iPhone 7 Plus dalam resolusi 4k melalui aplikasi FiLMiC Pro.

Filem Unsane dikategorikan sebagai B Movie sebab low bajet. Walaupun guna bajet USD 1.5 juta, filem ni dapat untung USD 14.3 juta. Agak sukses jugak.

1/2 jam pertama filem ni agak slow. Biasa lah, cerita psiko macam ni awal-awal nak introduce watak & develope plot. Awal-awal kita akan rasa biasa je. Walaupun filem ni nampak raw sebab guna format phone cam, tapi cara pengarah ni guna sudut kamera agak impress jugak lah.

Masuk minit ke 50 baru filem ni kita semangat nak tengok sampai habis. Walaupun takde sesuatu yang baru bagi jalan cerita filem psiko, tapi bila tengok cara persembahan pengarah blend filem ni dengan sinematografi & bunyi style camtu, baru kita akan perasan kelainan filem ni.

Filem ni banyak bahasa kesat.

.
SINOPSIS

Sawyer Valentini pindah dari Boston ke Pennsylvania nak larikan diri dari lelaki stalker yang kena reject. Semasa berunding dengan ahli terapi, Valentini secara tak sengaja terpaksa masuk Highland Creek Behavioral Center untuk tempoh 24 jam. Maka bermulalah episod orang tak gila tiba-tiba dilayan macam orang gila. Berlakulah macam-macam insiden “seperti telah dirancang” didalam pusat tu. Dari ditahan sehari ke berhari-hari.

Ada masa kita akan ingat Sawyer gila, tapi dalam hati tetap yakin dia tak gila. Kemuncaknya, rupa-rupanya stalker tadi kerja kat pusat tu. Siap tolong bagi makan ubat lagi. Stalker ni tadi akan gagalkan semua usaha Sawyer untuk keluar dari pusat tu termasuklah bunuh emak & orang yang rapat dengan Sawyer.

Ending mungkin nampak macam drama biasa tak ada plot twist. Klise trauma bila nampak orang yang muka macam stalker tu.
Tapi overall filem ni nice jugak la. Walaupun filem bajet tapi takdelah nampak cap ayam. Kualiti masih tip top.

Kredit: Fairul Fawwaz

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top