“Vong Nhi” (The Unborn Soul – 2023)
Mengisahkan tentang tragedi ‘Bayi yang digugurkan” oleh gadis-gadis dalam usia muda yang belum bersedia menerima kelahiran anak mereka atas sebab-sebab tertentu dan juga ada yang disebabkan kisah lampau mereka.
Namun fokus filem ini tertumpu kepada pasangan suami isteri Tung dan Thao yang telah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun tetapi masih belum dikurniakan anak.
Namun mereka menjalani kehidupan rumahtangga mereka dengan begitu bahagia sekali, ditambah dengan orang gaji yang begitu ambil berat tentang mereka dan lucu menambahkan sedikit elemen komedi dalam kehidupan pasangan ini.
Ketika pasangan ini berpindah ke rumah baru, macam-macam kejadian misteri dan aneh mula berlaku sehingga ia menghantui sang isteri dan semuanya bermula dengan kemunculan seorang anak kecil.
Sang Isteri yang dari mula tidak pernah percaya dengan kewujudan alam ghaib dan hal-hal berkenaaan dengan kepercayaan mistik akhirnya menggunakan khidmat bomoh.
Bagaimanakah kesudahannya filem ini? Dapatkah pasangan ini menemui jalan bahagia atau sebaliknya? Dan apakah yang menghantui sang isteri sehingga hidupnya tidak keruan?
Filem ini tidak seram ya guys dan naratifnya agak perlahan untuk hampir 2 jam. Tetapi apa yang menariknya, jalan ceritanya lebih kepada drama yang diselitkan dengan unsur-unsur seram ringan, menghiburkan kerana terdapat sedikit elemen komedi juga.
Di pertengahan hingga akhir cerita baharulah terasa emosi dan menyedihkan. Bagi kaum wanita dan Ibu yang mudah tersentuh, pastinya ada sesetengah babak mampu menjentik emosi dan mengalirkan airmata.
Beberapa “Plot Twist” yang mengejutkan dan mengharukan turut disajikan.
Apabila menonton filem ini, rendahkan jangkaan anda dari segi kesan visual dan CGI nya ya! Kita fokus pada kisah dan mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini.
Be the first to leave a review.