WALID (2023)

Filem ini mengisahkan seorang guru yang mesra di panggil walid oleh anak muridnya. Walid (Megatb Sharizal) mengajar kanak kanak yang tidak dapat bersekolah di sekolah kerajaan kerajaan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap. Walid merasa pelik apabila ada pelajarnya tidak datang ke kelasnya, rupanya pelajarnya diculik untuk aktiviti pemerdagangan manusia.

Jadi Walid menyiasat dan cuba selamatkan anak muridnya dari menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Siapa sangka Walid dengan tubuhnya yang comel rupanya hebat dalam seni mempertahankan diri.

Pada yang tak suka cerita banyak cakap, genre melodrama, jalan cerita yang perlahan, anda perlu tengok filem ni. Filem ni awal awal je banyak babak bercakap , tu pun sebab Walid ajar anak murid dia. Kalau Walid tak banyak bercakap, macam mana anak murid dia nak faham kan…

Bila babak selamatkan anak murid dia, memang tak banyak bercakap.. banyak babak aksi je, mulut masing masing hanya sebut hiyah hiyah hiyah hiyaaaah.. pelbagai jenis babak berlawan yang di tunjukkan.. antaranya babak aksi perlawanan “content creator” . Babak aksi filem ni agak ganas.

Filem ni ada mesej yang mendalam.. bukan setakat hiyahh hiyah hiyah pastu kiok. Pentingnya menuntut ilmu . Cuma ada beberapa babak yang saya tak faham dan kadang kadang kamera dia berpusing buatkan saya sedikit pening. Yang lain ok.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top