-Berdasarkan Kejadian Sebenar-
.
“765 hari dipenjara tanpa diadili! Dijadikan mangsa seksual di penjara! Terasing, berseorangan, dipisahkan dari suami dan anaknya! Dianiaya, dihukum untuk kesalahan yang dia tak lakukan!
.
“KEJAMNYA MANUSIA!!”
.
Filem Korea bertajuk “WAY BACK HOME (2013)” ini mengisahkan seorang ibu dan isteri yang menjadi mangsa aniaya dan diperangkap kerana membawa dadah (realiti nya ramai wanita yang menjadi mangsa). Berlaku pada tahun 2004 di lapangan terbang Orly France.
.
Song Jeong-yeon (lakonan Jeon Do-yeon) seorang ibu dan isteri yang sangat bahagia bersama suaminya, Jong Bae (lakonan Go Soo) dan anaknya, Hye Rin. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila rakan baik Jong Bae bunuh diri dan meninggalkan banyak hutang atas nama Jong Bae.
Mereka menjadi papa kedana sekelip mata sahaja dan hidup mereka mula berubah, mereka kehilangan segala-galanya, simpanan semakin susut dan terpaksa pindah dan menyewa bilik yang kecil dan sempit.
.
Suatu hari kawan Jong-bae menawarkan pekerjaan kepada dia namun pekerjaan itu hanya boleh dilakukan oleh perempuan sahaja. Jong Bae terpaksa menolak tawaran itu dan diketahui oleh isterinya. Disebabkan desakan hidup, tanpa pengetahuan Jong-bae, Jeong-yeon menerima pekerjaan itu bagi wakil suaminya.
Setiba sahaja di lapangan terbang France, Jeong-yeon di tahan kerana menyeludup dadah! Babak disaat ini emosional sangat! Kasihan gila terpinga-pinga Jeong-yeon tidak faham dan kebingungan apakah kesalahan dia!
.
Sungguh menyayat hati😭! Jeong-yeon diheret masuk untuk disoal siasat. Dan ketika dia dibenarkan membuat panggilan kepada suaminya itu! Arggg!! Mengalir terus airmata sis! Membayangkan jika sis yang berada di tempatnya saat itu😭
𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐒𝐄 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐬𝐚𝐚𝐭-𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮!! “𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘!! 𝐏𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄 𝐇𝐄𝐋𝐏 𝐌𝐄!! 𝐉𝐄𝐑𝐈𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐅𝐎𝐍!!”😭😭😭
.
Jika kita yang berada di tempatnya ketika itu dalam situasi yang sebenar, bagaimana kita hendak menghadapinya? Terus terbayangkan wajah anak-anak, suami dan Ibu yang sis tinggalkan di rumah!?!
.
Memburukkan lagi keadaan, Jeong-yeon tidak memahami bahasa lain selain bahasa Ibundanya! Allah! Tiada seorang pun yang faham apa yang dia katakan ketika itu!
Apakah yang terjadi selepas Jeong-yeon ditangkap? Bagaimana pula nasibnya dan layanan yang dia terima ketika berada di penjara di negara asing itu? Dapatkah dia kembali kepada keluarganya semula?
.
Ya Allah! Memang sedih sangat kisah ini. Airmata sis jatuh berjuraian ketika anaknya mencari ibunya dan suaminya pun, alahai! Kasihan! Marah dan geram! Itu sahaja yang mampu sis ungkapkan ketika suaminya berusaha meminta bantuan ke sana ke sini tetapi diabaikan! Semestinya, diakhir kisah ini sudah tentu ada pengajaran untuk kita renung-renungkan dan ambil iktibarnya.
Be the first to leave a review.