A MONSTER CALL (2016)

Kehidupan Conor O’ Malley, seorang budak lelaki berusia 12 tahun sangat menyedihkan. Ibunya, Lizzie menghidap penyakit kanser yang tidak mungkin sembuh. Dia pula sering menjadi mangsa buli rakan sekelasnya. Ayah dan ibunya telah berpisah sewaktu dia masih kecil dan neneknya yang kelihatan terlalu dingin terhadapnya. Segalanya terlalu berat untuk ditanggung…
Mewarisi kebolehan Lizzie, Conor melukis untuk meredakan kesedihan. Pada suatu malam dia melukis sebatang pohon cemara tua yang tumbuh di kawasan perkuburan – pemandangan yang dia lihat setiap hari ditingkap bilik tidurnya.
Tepat pukul 12.07 tengah malam, ketika dia selesai melukis, angin bertiup kencang dan rumahnya bergegar. Dari tingkap dia melihat pohon cemara itu berubah menjadi raksasa, melanggar apa sahaja objek menghalanginya datang kepada Conor.
Raksasa itu berkata…
“Aku akan menceritakan 3 kisah, dan kau akan menceritakan satu kisah kepadaku sebagai balasan”..
Maka tepat pukul 12.07, pada 3 waktu berbeza, raksasa itu akan mengunjunginya dan bercerita 3 kisah yang berbeza….sehinggalah tiba pada satu ketika masanya untuk Conor pula menyampaikan kisah seperti yang dijanjikan.
Filem ini sangat menyentuh perasaan. Kasih seorang anak kepada ibunya, yang akan pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. Sedih bila dia dibuli dengan kata-kata ‘anak emak’, dia terlalu menyayangi ibunya, tak punya sesiapa melainkan ibunya…detik akhir pemergian Lizzie meninggalkan Conor mampu menitiskan airmata.
Babai
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}