THE VILLAGE (2004)

Abad ke 19, sebuah perkampungan Tudor dikelilingi hutan yang tebal, dan yang paling mengerikan adanya satu makhluk “Those We Don’t Speak Of” ( tak boleh disebut namanya, nanti ia datang) menakutkan mereka. Untuk itu, warga tua telah memagar perkampungan tersebut dengan warna kuning dan mengelakkan apa sahaja yang berwarna merah berada di dalam kawasan kampung.

Haiwan ternakan ditemui mati dalam keadaan lehernya dipulas, manakala kulitnya disiat dan dagingnya di robek. Warga tua mula bermesyuarat, menurutnya telah sekian lama mereka berjaya menghindari gangguan dari makhluk tersebut, kini ia kembali. Sudah pasti ada penyebabnya. Lucius Hunt, seorang pemuda yang tidak banyak cakap memohon dengan warga tua untuk keluar ke bandar bagi mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan keperluan lain, namun dihalang kerana dikhuatiri mati dibunuh oleh makhluk itu.

Seorang pemuda terencat akal bernama bernama Noah Percy, tanpa sengaja masuk ke dalam hutan, menyebabkan pagar yang dipasang telah tercabut, dan menarik makhluk itu kembali menyerang kampung. Dan pada suatu malam, loceng dibunyikan sebagai amaran supaya semua penduduk lari bersembunyi ke bilik bawah tanah apabila kelibat makhluk itu dilihat merayau mencari mangsa.

Ok..ini penerangan awal tentang situasi kampung kuno, ditengah hutan. Babak kedua pula kisah cinta antara Ivy Elizabeth Walker (seorang gadis buta) dan Lucius Hunt. Sebenarnya, kakak Ivy yang bernama Kitty sukakan Lucius, tapi dia enggan menerima cinta Kitty. Kitty frust, lalu berkahwin dengan pemuda lain. Tetapi, diam-diam Lucius menyukai Ivy. Pada malam parti perkahwinan Kitty, berlaku lagi serangan dari makhluk ngeri itu. Pada malam itu juga, Lucius melamar Ivy dan berjanji untuk menjaganya. Tatkala mereka mengumumkan hubungan cinta kepada seluruh warga kampung, Noah jadi cemburu lantas membuat kerja gila menikam Lucius…

Perghhh panjang cite ni…Lucius cedera parah, dan perlukan rawatan segera dimana ubatnya hanya boleh diperolehi di bandar sahaja. Untuk itu, Ivy telah menggalas tugas demi nyawa kekasihnya – meredah hutan berpuaka itu. Ivy buta, tidak pernah terdedah langsung dengan dunia luar selain dari kehidupannya di kampung tersorok itu…lalu berjayakah dia mengharunginya?…

Jujurnya, filem ni ada WOW Factor…mungkin membosankan bagi orang yang tak suka menonton filem jenis “period”. Ada misterinya, persoalan kenapa mengapa, ada rahsia tersembunyi yang terdedah, kemudian terpaksa ditutup. Jadi banyak rencah. Pengarahnya pun antara yang tersohor buat filem jenis genre thriller dan horror…boleh layan 

Babai 
#makcikreview
#TheVillage

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}