Filem Indonesia ini mengisahkan seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja s*ks , Laras yang mengalami suatu kemalangan dari bangunan tinggi, menyebabkan banyak tulang yang patah dan dalam keadaan nazak. Apabila doktor menunjukkan Xray Laras kepada adiknya, Ayu, terdapat banyak jarum dilihat dalam xray Laras. Ayu membawa Laras pulang ke kampung untuk membuang susuk yang ada dalam badan Laras.
Ternyata ada sesuatu dalam badan Laras, benda tersebut harus di buang, jika tidak, akan membahayakan Ayu dan penduduk sekeliling. Ada seorang pawang yang handal, berjaya membuang susuk yang ada di dalam badan Laras, cuma tinggal satu susuk sahaja, susuk pertama yang di pakai oleh Laras. Dan susuk tersebut bukan susuk ‘kosong’ , tetapi susuk yang mempunyai roh jahat.
Semasa proses membuang susuk di badan Laras, Ayu mengetahui suatu rahsia yang mengejutkan. Ternyata kejadian yang menimpa Laras ada kaitan dengan sejarah keluarganya.
Filem ni ada babak yang tak sesuai dintonton seisi keluarga. Jalan cerita menarik, ada babak yang buatkan saya rasa seram , dan ada juga babak seram tu tak nampak seram..kira seimbang la . Tak macam cerita bangku kosong ujian terakhir tu, jalan cerita dia mengarut.
Tak payah la pakai susuk, memang dah lumrah manusia, dah tua nanti berkedut juga kulit muka. Kalau orang suka kita, terima lah seadanya diri kita. Seksa pakai susuk ni, nak meninggal dunia tu seksa.. dah susahkan orang lain untuk uruskan hal kita yang duk pakai susuk. Kena cari orang buang susuk tu.
#SusukKutukanKecantikan
#MeowReview
Be the first to leave a review.