Cikgu Zaidi dan isterinya Linda memilih untuk pulang ke kampung dan menginap dirumah pusaka almarhum neneknya. Dia berharap tindakannya itu dapat memberikan ruang dan ketenangan dalam rumahtangganya apabila mereka sering didesak oleh Puan Rahmah supaya diberikan cucu.
Tetapi, rumah pusaka itu ada sejarah seramnya tersendiri. Almarhum neneknya ada membela saka. Dipenghujung kematiannya, Zaidi sendiri melihat perkara aneh yang berlaku. Namun, dia tetap nekad memilih untuk terus menetap dirumah tersebut.
Penjaga rumah tersebut bernama Pak Man, meyakinkan mereka, tiada apa-apa lagi yang menakutkan dirumah itu. Tetapi tidak bagi Linda, dia sering diganggu oleh entiti bayi dan kanak-kanak. Dia juga diganggu mimpi-mimpi pelik. Begitu juga Zaidi, sering merasakan dirinya diperhatikan. Dalam keadaan seram-seram tu, Linda disahkan mengandung.
Memang berita gembira buat mereka berdua. Tetapi gangguan mula menjadi teruk. Linda kerap histeria dan pengsan. Zaidi cuba mencari ustaz untuk memulihkan keadaan Linda. Dia yakin ada sesuatu di rumah pusaka ini yang masih mengganggu….
Masalahnya sekarang ni, adakah rumah tu yang benar-benar berpuaka? atau ada ‘twist’ disebaliknya?
Maleh lah kalau cite hantu melayu ni…jalan cerita dah best, tapi tu lah kan nak komplen gak. Dah tahu bini tu mengandung, boleh pulak dia tinggal bini dia malam-malam, rumah pulak dengan tingkap pintu tak reti tutup. Pastu pulak ada orang lalu siap berhenti jeling jengil mata konon macam nak
Be the first to leave a review.