Anguish (2015)

Anguish
Di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh ibunya, Sarah, seorang gadis remaja bernama Lucy meminta keizinan untuk mengikuti perkhemahan anjuran sekolahnya tetapi tidak diberi kebenaran.
 
Lucy merajuk dan meluru keluar dari kereta di satu perhentian jalan raya tetapi tiba-tiba dilanggar kereta dari belakang.
 
Seorang gadis remaja, Tess bersama ibunya, Jessica berpindah ke bandar itu untuk memulakan kehidupan baru bagi Tess yang sering mengalami serangan panik serta kemurungan klinikal.
 
Ayahnya pula tidak dapat membantu Tess dengan masalah-masalah itu kerana masih bertugas di medan perang.
 
Untuk berehat sebentar selepas penat memindah barang-barang ke rumah baru mereka, Tess keluar bersiar-siar melihat tempat-tempat di bandar tersebut di atas papan luncurnya.
 
Kemudian, Tess tiba-tiba merasa seperti dipandu ke tempat di mana Lucy menemui ajalnya.
 
Setibanya di situ, Tess mendapati tempat tersebut telah dijadikan tempat memperingati kematian Lucy.
 
Sedang dia menatap gambar Lucy di atas salib, Tess ditolak dengan kuat sehingga terjatuh.
 
Buat seketika, Tess tidak dapat bangun kerana ada sesuatu yang memegang dan menahan dirinya daripada berbuat demikian.
Setelah menunggu beberapa kama, Tess akhirnya dapat bangun dan berjalan pulang dengan perasaan takut.
 
Di rumah, Tess melihat wajahnya di cermin dan terkejut melihat warna matanya berubah warna dari biru ke warna perang.
*berdasarkan peristiwa sebenar
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}