-๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-
โBayangkan..Seorang ibu menyaksikan anak kecilnya dibawa ke bilik pembedahan namun setelah itu tidak pernah kembali lagiโฆ
Dr Asthana (Lakonan Kay Kay Menon), merupakan seorang pakar bedah yang terkenal disebuah hospital bertaraf 7
Namun, kerana satu kecuaiannya sehingga meragut nyawa seorang anak kecil, dia sanggup memutar belit kenyataan laporan perubatan anak kecil itu bagi menutup kesalahannya.
Bukan itu sahaja, dia juga dengan bangganya memberitahu doktor-doktor praktikal yang โPerubatan bukan tentang kesembuhan dan menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjana pendapatan! Siapa yang akan bayar bil hospital kalau tiada yang mampu membayarnya?? Sudah tentu orang kaya kan!!โ โ Begitulah kata-katanya yang penuh dengan keangkuhan dan tidak berasa bersalah langsung!
Bukan setakat itu sahajaโฆ.Bukan main hebat
lagi dia menyamakan dirinya seperti TUHAN
2x sis tonton filem ini namun airmata masih tetap bergenang kerana sis juga seorang ibu..tidak dapat sis bayangkan jika sis yang berada di tempatnya ketika itu.
Filem yang WAJIB dan selayaknya ditonton apatah lagi ia berdasarkan dari peristiwa sebenar. Penuh emosi, sedih, pilu, menyayat hati!
Terutama di babakยฒ antara si ibu dan anak lelakinya yang dah tidak bernyawa lagiโฆbabak-babak dimana salah seorang doktor junior mendapati ada kejanggalan dengan laporan perubatan Dr.Asthana itu..dan macamยฒ plot yang boleh dikatakan sangatยฒ menggugat emosi kita lagiยฒ yang bergelar makยฒ ni..sediakan tisu je la ye!
Apa yang sis boleh katakan, kisah penceritaan dan skrip digarap dengan baik sekali sehingga mampu mencengkam perasaan kita sebagai penonton walaupun untuk 30 minit pertama jalan penceritaannya agak bermelodrama.
Kisah ini juga memberi pengajaran kepada semua insan yang berada di bidang perubatan ini, wajib dan mesti bersikap jujur dalam setiap tindakan kita kerana ini melibatkan nyawa manusia.
Apapun, cukup mengagumkan dan rasa hormat sangat kepada doktor intern dalam filem ini yang tidak โmenegakkan benang yang basahโ sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan kerjayanya mereka..semua demi kebenaran!
Kredit: Aireen Effinde
Be the first to leave a review.